Pages

Khamis, 5 November 2015

Dugaan mendidik anak masa kini



Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Risau ada ramai anak? Risau dengan perbelanjaan yang semakin meningkat? Risau anak-anak tak cukup pakai minum? Saya tak risau semua itu. Cuma satu yang membuatkan saya risau. Bagaimana nak membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah? Cabaran dunia yang semakin mencabar. Muzik, jenayah..semuanya menakutkan. Keperluan dan kehendak yang semakin menjadi-jadi.

Jika difikir-fikir dan direnung-renungkan. Hanya ada satu kuasa yang dapat membantu. Kuasa doa! Lebih-lebih lagi jika doa itu dituturkan oleh insan yang bergelar ibu. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menuturkan perkataan-perkataan yang baik sahaja untuk anakku.

Mode: Tengah membaca buku The Power of Ummi. Buku ni saya masa ada promosi. Murah sikit masa tu. Hehe
Image result for buku the power of ummi

Catat Ulasan