Pages

Isnin, 2 November 2015

Berpantang 44 hari

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Alhamdulillah, berakhirnya tempoh berpantang selama 44 hari. Namun rasanya seperti biasa je. Berpantang yang terdapat dalam diari saya hanya selama 2minggu sahaja dengan bantuan adik. Berpantang dengan mandi dengan air suam, bertungku, berbengkung dan tidak makan makanan yang sejuk. Selebihnya saya jalani seharian seperti biasa.

Sepanjang berpantang sendiri tanpa bantuan adik, suami akan beli sarapan sebelum dia ke tempat kerja. Makanan tengahari saya akan masak sendiri. Pernah satu hari saya bersungguh-sungguh memotong baki daging korban. Akibatnya, seharian saya raa sengal-sengal badan. Saya hanya memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Suami yang akan menyidainya. Lipat melipat pula memang saya yang buat sejak 4-5hari dalam berpantang.

Pada hari ke41 berpantang, kepala saya berdenyut-denyut dan sakit. Segera saya memakai param. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, ianya dapat mengurangkan sakit kepala saya.

Sehingga kini, saya masih tak tahu punca tumit saya sakit. Saya nasihatkan kepada ibu-ibu yang berpantang. Berpantanglah betul-betul. Nak guna badan lama ye adik kakak.

Catat Ulasan