Pages

Ahad, 29 November 2015

Permohonan rumah pr1ma

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Beberapa orang kenalan menyuruh isi borang pr1ma. Bukan tak nak isi tapi aku rasa rumit skit.

Dah lama isi tapi tak complete lagi. Minggu lepas, saje buka buka web pr1ma dan cuba lengkapkan maklumat yang diminta. Alhamdulillah, dah lengkapkan. Kena rajin tengok web untuk tahu tempat pembinaan pr1ma ni.

Sabtu, 28 November 2015

Kematian menghampiri

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Semakin hari, saat kematian kita semakin menghampiri. Kematian sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga membuatkan kita insaf. Kematian itu pasti. Cuma saat dan ketikanya menjemput kita, itu yang kita tak tahu.

Baru-baru ini, sepupu suami meninggal dunia. Insan yang ketika hidupnya ringan tangan menolong orang lain, baik orangnya dan Allah memuliakan ketika akhir kisahnya di dunia ini. Ramai yang hadir solat jenazah. Suami kata keadaan sepeti solat hari raya.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Masing-masing berusia 6tahun dan 4tahun. Sayu lihat anak-anak yang masih kecil. Isteri arwah juga tidak berapa sihat. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada isteri arwah dan anak-anaknya. Ya Allah, tempatkan dia dikalangan orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Sesungguhnya kita semua akan menyusul jua. Tempatkan kami juga dikalangan orang bertaqwa. Ameen..

Jumaat, 27 November 2015

Harga emas turun lagi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Dari RM175 harga emas terus turun dan turun. Harga terkini RM169. Apa tindakanyang perlu diambil? Tunggu dan lihat dengan harapan harga emas terus turun? Atau terus beli saat harga emas tengah turun. Takut-takut tak beli masa harga tengah rendah, esok harga emas naik semula. Siapa yang rugi?

Jadi ahli lagi rendah harga emas yang kita dapat. Sesiapa yang nak jadi ahli tapi rasa terbeban, saya buka peluang main kutu. Terpulang anda mahu jadi ahli gold atau super gold. Bayaran bulanan bergantung kepada pakej yang anda mahu. Yang betul-betul serius, boleh whatsapp 0193509685 dekat saya. Saya akan buka group kutu. Sama-sama kumpul emas.

Rabu, 25 November 2015

Tugasan 2016

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Tadi mesyuarat untuk membincangkan mengenai pelan strategik 5tahun. Setelah selesai berbincang, agihan tugas 2016 pula diberi.

Senarai tugas yang buat aku sakit kepala sekejap. Huhu
1. KP panitia x
2. Penyelaras kelab x
3. Bendahari pqrs
Ni baru panitia. Belum tugas lain

Tugasan yang baru dapat ni, sampai aku lupa hantar anak ke klinik 2bulan. Huhu

Selasa, 24 November 2015

Sakit kepala

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Kepala masih belum boleh terima kerja kot. Hehe. Dah la lama bercuti. Naik kerja, bertimbun-timbun yang menanti. Pelan strategik, pelan taktikal, pelan 3 langkah, pelan grow.. Macam-macam pelan yang kena buat. Adui, sakit kepala.

Balik rumah nanti nak tepek pilis kat dahi ni. Mudah-mudahan lega. Hehe, mentang-mentang baru lepas pantang.

Sabtu, 21 November 2015

isyah, iffah dan izzah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Suka duka bersama anak-anak. Ya Allah, bantulah aku dalam mendidik anak-anak kami menjadi anak yang solehah. Benarlah sabda nabi Muhammad saw, anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Bila fikir dan koreksi diri, banyaknya lubang yang perlu diperbaiki.

Jumaat, 20 November 2015

Harga emas turun lagi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Harga emas turun lagi? Baru je bayar untuk beli. Ruginya... Tapi kalau tak beli, lagi rugi! Takpe, kena ingat semula.. Beli sebagai simpanan. Untung beli emas.

Masih berkira-kira untuk upgrade jadi stokis. Masa dah tak lama lagi ni. 120 hari semakin menghampiri. Dup dap dup dap

Khamis, 19 November 2015

Hari pertama bekerja

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari pertama bekerja setelah bercuti panjang. Agak kelam kabut pagi ni. Gosok baju uniform isyah, beg susu dan kelengkapan mengepam, pakaian anak-anak dan stok susu untuk si comel izzah.

Suami perlu hantar aku dan anak-anak ke rumah pengasuh. Sepanjang perjalanan dapatlah aku menyusukan si comel izzah. Bergerak ke rumah pengasuh tadi, barang untuk dibawa ke sekolah masih belum dibawa masuk ke dalam myvi.

Sampai dirumah pengasuh si molek iffah meraung-raung. Suami kata biasanya di ok je. Mungkin dia rasa dia tak dipedulikan sebab pengasuh memeluk si comel izzah dan suami membawa barang-barang mereka. Malam ni kami perlu memikirkan penyelesaian yang terbaik buat si kecil iffah semasa menghantarnya ke rumah pengasuh.

Bila fikirkan semula kelakar pula sebab agak kelam kabut dan huru hara mula-mula ni. Hehe

Rabu, 18 November 2015

Konvo 'isyah srikandi Islam

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ni konvo 'isyah. Dari malam tadi, dia begitu teruja nak ambil hadiah katanya. Seawal pagi isyah dah bangun. Memandangkan nak ke sekolah dia sebelum pukul 9 pagi, dia mandi dan aku suruh dia pakai baju biasa dulu. Dia ingatkan aku 'umi, kan kita nak pergi sekolah isyah hari ni? kenapa pakai baju biasa?Memang nampak dia teruja nak ambil hadiah. Hehe

Sampai je sekolah isyah, majlis dah bermula. Terasa rugi sebab tak dapat dengar butir bicara pengerusi. Mungkin kata-katanya dari hati terus ke hati. Lembut tutur bicaranya.

Kanak-kanak dah mula bermain buaian d an gelongsor. Tiba-tiba kedengaran suara cikgu memanggil untuk berkumpul. Acara penyampaian hadiah akan bermula. Ceria muka anak-anak kecil ini menerima hadiah.

Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak aku. Gelaran srikandi Islam tu cikgu isyah yang bagi sebab isyah sentiasa bergerak ke mana dia suka. Mudah-mudahan gelaran tu doa buat isyah. Umi dan walid sentiasa doakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Hari ni juga merupakan hari ke 60 aku berpantang. Esok mula kerja.

Selasa, 17 November 2015

Keputusan UPSR

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Keputusan UPSR telah diumumkan. Ceria wajah suami menceritakan kejayaan anak murid sekolahnya.  Sekolah suami, mendapat lonjakan sangat tinggi. Ramai dapat A,B..

Aku? Kecewa.  Hanya seorang yang berjaya dapat 5A. Walaubagaimanapun, aku yakin. Itulah yang terbaik buat mereka semua.  Yakinlah duhai anak, perjalanan kamu masih jauh. Carilah hikmah disebalik ketentuan Allah ini.

Isnin, 16 November 2015

ular masuk rumah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Menggigil tangan bila nampak ular dekat tikar. Dalam kepala terus teringat izzah yang ada dalam buaian di ruang tamu. Suami, isyah dan iffah ke Melaka untuk hantar tugasan. Kelam kabut tengok izzah dan terus telefon suami bagitau ular masuk dalam bilik tidur. Dalam keadaan kelam kabut, takut, menggigil, dukung izzah dan terus capai kunci kereta. Nak pergi ke rumah mertua. Kunci kereta terjatuh pula. Ya Allah..permudahkanlah urusanku.

Bergegas masuk kereta, suami telefon. Suami suruh tutup pintu bilik tidur, biar senang JPAM tangkap ular. Masuk semula ke rumah dan tutup pintu bilik tidur.

Selepas hantar izzah ke rumah mertua, suami telefon suruh aku tunggu di rumah sehingga JPAM datang.

Kebanyakan barang JPAM keluarkan dari bilik untuk cari ular tersebut. Malangnya tak jumpa. Suami suruh pergi ambil izzah di rumah mertua.

Balik ke rumah, suami nak ke kedai beli garam kasar dan belerang. Aku pun capai telefon dan hubungi mak di kampung. Baru bercerita, tiba-tiba ular tersebut keluar dari bawah kerusi dan menerjah ke pintu utama. Terjerit-jerit aku sambil dukung izzah. Lagi sekali aku menggigil ketakutan. Terus telefon suami.

Sampai di rumah, suami suruh telefon semula JPAM. Biasa la, kalau tunggu memang lama. Aku rasakan JPAM ni lambatnya sampai. JPAM telefon semula, rupa-rupanya dia salah masuk jalan. Sampai je JPAM, dengar suami menjerit. Aku ni dah la mengendong izzah. Jaga isyah dan iffah lagi. Makin huru hara aku kat luar.

Rupanya suami menjerit sebab isyah ada di depan pintu dan dalam masa yang sama ular tu keluar dari bawah pintu. Puas JPAM cari tapi tak jumpa. Rezeki ular tu la tidak ditangkap. Rumah berselerak, ular tak dapat tangkap.. huhu

Ahad, 15 November 2015

Seronoknya belajar dengan set ICS Learning

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

'Isyah sangat teruja dengan lagu yang didengarnya. Walaupun dia tak faham tapi tetap menggeleng-gelengkan kepala dan melompat-lompat bila mendengar lagu tersebut. Paling kelajar, Iffah turut mengiut gerak geri kakaknya.

Banyak kali 'Isyah tanya tentang sticker di hadapannya. Sengaja aku letakkan sticker di hadapan mereka. Saja bagi aura seronok dengan bahasa Inggeris. Set ICS ni sangat menarik dan berpatutan. Ia mengandungi CD, kad kuiz al-quran, buku latihan dan sticker.

Nak ajar anak berbahasa Inggeris? Kaedah menarik? Ianya perlukan kerjasama dari ibu bapa yang prihatin seperti anda. :)

Sekiranya inginkan set ini, boleh whatsapp saya "Kod ICS" ke 019-3509685(azrin)








Sabtu, 14 November 2015

Hantar tugasan ke OUM

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Seminggu yang lepas, suami berkurung di dalam bilik menyiapkan tugasan pengajian master beliau. Maka bermulalah episod air mata Iffah. Iffah memang rapat dengan suami. Segala keperluannya, dia nak walid yang uruskan. Dari makan, minum, tidur, pakaian, mandi dan semuanya. Bila suami berkurung dalam bilik, yang pening kepala ialah saya. Huhu. Namun, saya perlu kuat menguruskan 3 orang anak syurga ini. Lama kelamaan, Iffah relakan jua saya membantunya dalam menguruskan keperluan dia.

Hari ini,suami menghantar tugasannya di OUM. Dia pergi bersama-sama rakan sepengajian yang berumur 73 tahun! Tabik spring dekat ustaz ni. Tinggi minat dan cita-citanya dalam menuntut ilmu. 2 anak syurga, Isyah dan Iffah..suami bawa bersama. Suami ada tanya juga samada mahu ikut atau tidak. Bila fikirkan si comel ini tidak selesa berjalan jauh, maka kuburkan sahaja kemahuan nak pergi jala. Hehe.

Mudahan-mudahan, tugasan suami diterima dan dipermudahkan menjawab dalam peperiksaan akhir semester ini. Ameen

Jumaat, 13 November 2015

Keputusan UPSR 2015

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Keputusan UPSR akan diumumkan pada 17 November 2015. Aku masih dalam cuti bersalin. Hajat dihati nak ke sekolah. Sama-sama meraikan saat manis anak-anak didik. Dalam masa yang sama hajatnya nak belanja makan kalau mentee berjaya dapat 5A!

Masih lagi berfikir kerana pada hari yang sama, majlis Anugerah Cemerlang turut diadakan pada hari tersebut. Kalau hantar anak ke rumah pengasuh, mungkin pengasuh pun nak ke sekolah meraikan anaknya... Hmm...

Khamis, 12 November 2015

Tahniah buat 'Isyah solehah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ketiga menghantar anak ke sekolahnya. Kenapa baru 3 hari? Sebab selama ni, urusan anak ke sekolah semuanya diserahkan kepada pengasuh. Kebetulan aku masih lagi cuti berpantang dan suami cuti seminggu, maka inilah masanya kami menghantar 'isyah ke sekolah.

Hari ini juga merupakan hari kedua hantar anak ke rumah pengasuh. Ambil bau-bau sikit kata orang. Hehe. Alhamdulillah, anakanda ok. Belajar minum guna botol susu dan tidur. Syukur.
Tepat jam 11.40 kami tiba di sekolah 'isyah. Kelihatan dia sungguh gembira dengan memegang fail bewarna kuning. Sungguh teruja dia menunjukkan kad kemajuan dia. "Cikgu kata 'isyah dapat nombor dua!" Dia terus mengomel dengan menunjukkan kertas-kertas di dalam fail. Alhamdulillah, 'Isyah akan ke pentas untuk ambil hadiah nanti. Moga 'isyah terus cemerlang dunia dan akhirat. Ameen..

Selasa, 10 November 2015

Ruginya lambat simpan emas

Teks: Norazrin Mohd Nor

Manusia memang suka berfikir. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wang. Ni bukan ajak buang duit. Nak ajak simpan duit. Bukan rugi, untung lagi ada lah. Tapi tetap mahu berfikir. Tak salah berikir tapi jangan terlalu lama. Hanya suruh simpan emas je pun. Untung dan banyak untung. Orang lain dah simpan banyak. Takkan masih berfikir lagi? Awak beli, awak simpan. Awak fikir, awak ternganga tengok simpanan orang. Hehe

Isnin, 9 November 2015

Ilmu kewangan

kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). SIMPAN dan LUPA.
Tak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.
Kekadang, saya fikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun bank tu balik kampung. Supaya saya tak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.
Melupakan Simpanan Dengan Emas
••••••••••••••••••••
Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak dapat jadikan sebagai simpanan yang dilupakan.
Kita akan tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang kita tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang kita ada.
Dan mungkin satu hari nanti bila asyik je simpan² n tambah emas, kita pun tak tahu berapa banyak emas yang kita dah beli.
Ada je duit lebih, kita beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box 📫
Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang kita ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.
Sejak mulakan tabiat menyimpan emas, kita akan rasa kita tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun bank.
Kita cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan. 😊👍👍

Sabtu, 7 November 2015

Faktor mempengaruhi harga emas

💥Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
💥Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

💥Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
💥Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
💥Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu:
✅Barclays Capital,
✅Societe General,
✅HSBC Bank,
✅Scotia Mocatta dan
✅Deutsche Bank.
Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.
Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi.
Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
💥Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun.
💥Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas.
Antaranya:
Faktor 1⃣ – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.
Faktor 2⃣ – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.
Faktor 3⃣ - berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.
Faktor 4⃣ – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

🔥1gram 1bulan 1keluarga🔥

Jumaat, 6 November 2015

Banyak emas,anda kaya

1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini.
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3. NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 50 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 20 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.00 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 999) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar oktober 2015 adalah lebih kurang RM 760).

4. ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5.TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.

Kredit to Kaklong Nuzula

Khamis, 5 November 2015

Dugaan mendidik anak masa kini



Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Risau ada ramai anak? Risau dengan perbelanjaan yang semakin meningkat? Risau anak-anak tak cukup pakai minum? Saya tak risau semua itu. Cuma satu yang membuatkan saya risau. Bagaimana nak membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah? Cabaran dunia yang semakin mencabar. Muzik, jenayah..semuanya menakutkan. Keperluan dan kehendak yang semakin menjadi-jadi.

Jika difikir-fikir dan direnung-renungkan. Hanya ada satu kuasa yang dapat membantu. Kuasa doa! Lebih-lebih lagi jika doa itu dituturkan oleh insan yang bergelar ibu. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menuturkan perkataan-perkataan yang baik sahaja untuk anakku.

Mode: Tengah membaca buku The Power of Ummi. Buku ni saya masa ada promosi. Murah sikit masa tu. Hehe
Image result for buku the power of ummi

Selasa, 3 November 2015

Harga emas turun lagi!

Teks:Norazrin bt Mohd Nor

Dari harga RM183, turun RM180. Masih lagi memandang. Bukannya tiadawang untuk membeli. Tiada masa nak ke bank untuk buat pembayaran. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli. Dalam masa yang sama, berlangsungnya lelong emas (Lelong hanya untuk ahli sahaja ye adik kakak. Biasanya acara lelong ni memang ditunggu oleh setiap ahli setiap bulan) Ianya lagi murah dari harga semasa. Oh tidak!!

Hari ini saya dikejutkan lagi dengan turunnya harga emas. Tak senang duduk dibuatnya. Hati berbunga tunggu suami balik dari kerja. Mudah-mudahan suami ada urusan di bandar hari ini. Dapatlah saya ke bank untuk beli emas. Hehe.

Harga emas 999.9 untuk 1goldbar
Ahli RM175
Bukan ahli RM185

Jom pakat menyimpan.Demi masa depan anda dan keluarga.

Isnin, 2 November 2015

Berpantang 44 hari

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Alhamdulillah, berakhirnya tempoh berpantang selama 44 hari. Namun rasanya seperti biasa je. Berpantang yang terdapat dalam diari saya hanya selama 2minggu sahaja dengan bantuan adik. Berpantang dengan mandi dengan air suam, bertungku, berbengkung dan tidak makan makanan yang sejuk. Selebihnya saya jalani seharian seperti biasa.

Sepanjang berpantang sendiri tanpa bantuan adik, suami akan beli sarapan sebelum dia ke tempat kerja. Makanan tengahari saya akan masak sendiri. Pernah satu hari saya bersungguh-sungguh memotong baki daging korban. Akibatnya, seharian saya raa sengal-sengal badan. Saya hanya memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Suami yang akan menyidainya. Lipat melipat pula memang saya yang buat sejak 4-5hari dalam berpantang.

Pada hari ke41 berpantang, kepala saya berdenyut-denyut dan sakit. Segera saya memakai param. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, ianya dapat mengurangkan sakit kepala saya.

Sehingga kini, saya masih tak tahu punca tumit saya sakit. Saya nasihatkan kepada ibu-ibu yang berpantang. Berpantanglah betul-betul. Nak guna badan lama ye adik kakak.

Tips Siapa Nak Kahwin Awal

♥ TIPS UNTUK KAUM ADAM YANG PLAN NAK KAHWIN  5 TAHUN LAGI. .
♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒

Daftar jadi ahli emas dulu .. (dont worry..daftar bukan saje²..akan dpt emas free taw) ..

Dah dpt 1 keping, simpan tuk kahwin... ting tong... masuk tabung. .. .

Bulan seterusnya..ambik duit gaji RM200 beli 1 emas goldbar @ suku dinar sbb dah masuk ahli, Jadi boleh beli harga murah.. x sampai pon RM200.
.. Ting tong.. masuk 1 keping lagi dlm tabung. .. .

Ulangi bulan² seterusnya..sampailah tempoh 5 tahun nak kahwin .. ..

Kalau nak lebih untung.. Congak terus.. berapa keping emas perlu cukup utk tempoh 5 tahun..sebab sekarang harga masih murah... 3 @ 4 tahun lagi..kita x tau harga berapakan utk 1gram. ..

Katakan 60 keping = 1gram
harga ahli 1 gram hari ini =RM180 ..Bayangkan kalau 5 tahun lagi..berapa agaknya kalau korang jual emas tu. ...... ..

Ramalan 5 tahun lagi..
1gram = RM503 .. 60 keping dalam genggaman x RM503
= RM30,180.00 .. ,

Untungkan..beli murah.. jual time mahal. Emas jangka masa panjang teramat menguntungkan ..

Kenapa Emas???? Agak² korang dapat simpan x duit dalam akaun bank 5 tahun akan dapat RM30,000?

Tak mustahil..tapi jarang jumpa! .. X payah kira 5 tahun.. tahun ni dpt simpan berapa ribu utk kawen? Hihi.

Saya jamin..ade yg simpan..tapi x lama..mesti guna balik duit tu utk beli benda lain. .. So...kosong lagi la akaun.. next time simpan..dan guna lagi.. hihi ...

Kalau emas..in sya ALLAH.korang x kan guna..melainkan betul² terdesak... ..

Harga barang makin naik maka nilai mata wang makin rendah..tapi..nilai emas makin naik .. ..JOM!!!