Pages

Sabtu, 17 Oktober 2015

Tol naik lagi

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Ramai kawan yang bercerita pasal harga tol naik. Macam saya, menggunakan tol sekali sekala mungkin tak terasa sangat kenaikan tol tersebut. Bagaimana dengan kawan-kawan yang melalui tol setiap hari? Lebih memeritkan bagi siapa yang menggunakan tol pergi dan balik kerja. Saya sungguh bersimpati dengan mereka. Ya Allah, luaskan rezeki semua.

Bila harga tol naik, besar kemungkinan harga barang lain juga naik. Agak mustahil kalau harga barang statik. Dan lagi mustahil harga barang akan turun. Setahu saya, tak pernah harga barang turun.
Lagi haru isu berkaitan minyak. Bila harga minyak naik, harga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang statik. Bila harga minyak naik semula, harga barang makin naik. Gaji? Tetap sama. Pandai-pandailah menggunakan wang. Anda bijak sekiranya menyimpan barang yang kalis inflasi. Corak masa depan anda.
Catat Ulasan