Pages

Ahad, 18 Oktober 2015

Masalah semasa berpantang: Bayi kembung



Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Gambar: Sumber google

Masalah bayi kembung kerap melanda ibu-ibu dalam pantang. Saya juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang ibu perlu lakukan jika anak kembung?
1. Lihat dan kenalpasti apa makanan yang kita makan.
2. Pastikan letak minyak pada telapak kaki, dada dan belakang bayi selepas mandi
3. Lakukan urutan pada badan bayi

Anak saya yang sulung kerap kembung. Memang mati akal saya dibuatnya. Macam-macam yang saya lakukan bila anak menangis sebab kembung perut. Akhirnya saya dapat kenalpasti, anak saya alah dengan air kopi.

Anak yang kedua, saya elakkan dari minum kopi. Namun saya tetap hadapi masalah yang sama. Bayi saya hadapi kembung perut. Disebabkan saya tak tahu pasal urutan bayi, terpaksa juga belajar dan cari info di internet.

Anak yang ketiga ini,saya beli Baby Herbal Cream keluaran Tropika Beauty Sdn Bhd. Alhamdulillah, anak saya serasi dengan ubat ini. Tidur malam saya tidak diganggu tangisan kembung perut si bayi. Hanya kerap bangun untuk menyusukan si kecil sahaja.

Catat Ulasan