Pages

Rabu, 28 Oktober 2015

Kenapa emas?

Pada hari ini saya percaya, tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan...
Saya juga salah seorang daripadanya... Kenapa saya jadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan?
Jawapannya mudah sahaja, sekiranya anda rajin membaca buku-buku, ebook atau akhbar yang ada membincangkan tentang kelebihan pelaburan emas.. Saya rasa anda akan menemui jawapannya...
Berikut merupakan sebahagian daripada jawapan yang boleh saya berikan, tentang kelebihan dalam pelaburan emas fizikal.. 
1⃣ Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
 2⃣ Sebagai aset simpanan pelabur.
3⃣ Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku walau dimana sahaja pada bila-bila masa (terutamanya barang kemas).
4⃣ Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
5⃣ Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
6⃣ Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
7⃣ Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
8⃣ Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
9⃣ Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
🔟 Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
1⃣1⃣ Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
1⃣2⃣ Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
1⃣3⃣ Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
1⃣4⃣ Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazir.
1⃣5⃣ Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
1⃣6⃣ Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
1⃣7⃣ Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.
1⃣8⃣ Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
1⃣9⃣ Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
2⃣0⃣ Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
Dan lain-lain...
Jom jadi penyimpan emas!

Kredit to upline saya :)

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.


Catat Ulasan