Pages

Isnin, 12 Oktober 2015

Berpantang sendiri

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Sudah lama bercuti dari buka blog ini. Saya masih lagi dalam mode berpantang. Hari ini hari yang ke 24. Kali ketiga saya berpantang sendiri. Alhamdulillah,suami banyak membantu. Anak yang sulung semakin matang. Anak yang kedua masih minta perhatian.Anak yang ketiga perlukan perhatian.

Semasa berpantang anak yang kedua, anak yang sulung sentiasa bersama saya. Namun,kali ini agak berbeza. Anak yang kedua sering merengek minta dimanja. Saya tidak mampu lakukannya sendirian. Sebelum suami ke tempat kerja, dia akan menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Lagipun yang sulung sudah dihantar ke sekolah walaupun baru berumur 4 tahun.

Setiap pagi, saya akan melakukan kerja yang mudah dan ringan. Masak air, masak nasi, lauk yang mudah dan senang, mandikan bayi, bertungku dan berehat.

Saya akan berkongsi semula mengenai ilmu emas pada entri yang akan datang:)
Catat Ulasan