Pages

Khamis, 29 Oktober 2015

Modal kecil vs modal besar

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Tengah berkira-kira untuk upgrade ahli. Kenapa penting sangat nak upgrade? Dari ahli biasa nak ke stokis. Masa yang diberi 4bulan dari tarikh jadi ahli. Kalau saya mampu fikir panjang dulu, tentu saya terus daftar jadi stokis.

**Jadi stokis perlu cari orang ke? TAK. Jadi ahli pun tak perlu cari orang untuk join ahli.
**Jadi stokis modal besar ke? TAK sebab saya menabung setiap bulan untuk jadi stokis. Ada yang saya pernah tahu, nak jadi ahli modal 10k. (Tak mampu akak dik)
**Jadi stokis kena maintain pembelian setiap bulan ke? TAK. Jadi ahli pun tiada istilah maintain pembelian setiap bulan

Apa yang menarik sangat jadi stokis ni?
1. Keahlian seumur hidup. (Ahli pun keahlian seumur hidup)
2. Beli emas dengan harga murah dari ahli.
3. Boleh join lelong emas hampir setiap bulan (Yey,hari ini ada lelong ye adik kakak)
4. Bonus pairing dan matching yang lebih banyak.

TIADA PAKSAAN
* Jadi ahli
*Cari orang
*Beli emas

Saya join sebab nak beli emas dengan harga murah. Bertindak untuk masa depan anak-anak.

Harga emas 999.9 untuk 1gm hari ini.
Ahli RM183
Bukan ahli RM203

Hari ini ada lelong emas. 1gm RM178.Best, best...


Rabu, 28 Oktober 2015

Kenapa emas?

Pada hari ini saya percaya, tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan...
Saya juga salah seorang daripadanya... Kenapa saya jadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan?
Jawapannya mudah sahaja, sekiranya anda rajin membaca buku-buku, ebook atau akhbar yang ada membincangkan tentang kelebihan pelaburan emas.. Saya rasa anda akan menemui jawapannya...
Berikut merupakan sebahagian daripada jawapan yang boleh saya berikan, tentang kelebihan dalam pelaburan emas fizikal.. 
1⃣ Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
 2⃣ Sebagai aset simpanan pelabur.
3⃣ Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku walau dimana sahaja pada bila-bila masa (terutamanya barang kemas).
4⃣ Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
5⃣ Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
6⃣ Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
7⃣ Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
8⃣ Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
9⃣ Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
๐Ÿ”Ÿ Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
1⃣1⃣ Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
1⃣2⃣ Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
1⃣3⃣ Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
1⃣4⃣ Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazir.
1⃣5⃣ Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
1⃣6⃣ Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
1⃣7⃣ Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.
1⃣8⃣ Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
1⃣9⃣ Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
2⃣0⃣ Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
Dan lain-lain...
Jom jadi penyimpan emas!

Kredit to upline saya :)

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.


Selasa, 27 Oktober 2015

Nak GRAM atau RM?

Mana Pilihan Anda? Nak Tambah GRAM atau RM?!!
*********************************************
Anda beli emas, anda sendiri perlu decide utk apa tujuan anda beli emas tersebut. Sama ada anda mahu jadikan sbg simpanan (pelindung nilai) ☔, atau untuk 'bermain' dgn turun ๐Ÿ“‰ naik ๐Ÿ“ˆ harga emas, atau untuk bisnes emas?
Ketiga-tiga tujuan di atas๐Ÿ‘†perlukan ILMU ๐Ÿ“š & MINDSET ๐Ÿ‘ค๐Ÿ’ฌ berbeza:.-
PENYIMPAN EMAS ๐Ÿ“ฅ๐Ÿ“ฆ
•••••••••••••••••••••••••
Matlamatnya ialah kumpul gram, tak kisah sama ada emas naik ๐Ÿ“ˆatau turun๐Ÿ“‰, dia tak peduli. Yang penting baginya ialah gram emasnya bertambah.
Asal RM ๐Ÿ’ต jadi EMAS ๐Ÿ‘‘. Penyimpan emas sgt jatuh hati dgn emas. Dlm kepala dia cuma beli, beli & beli . Nk jual rasa syg. Akhir sekali dia kaya sebab harta dia sentiasa bertambah.
PELABUR EMAS ๐Ÿ“Š๐Ÿ“‡
•••••••••••••••••••••
Dia tak peduli brp byk kepingan emas yg dia ada, yg penting BUY LOW ๐Ÿ“‰, SELL HIGH ๐Ÿ“ˆ. Asalkan RM๐Ÿ’ต bertambah. Pelabur tak boleh jatuh hati dgn emas. Bila harga emas naik, jual. Bila harga emas turun, mst beli lagi utk cost averaging.  Kalau tak ada modal utk beli lagi, terpaksa tunggu je la.
PENIAGA EMAS ๐Ÿช๐Ÿ’ˆ
•••••••••••••••••••••
Dia lebih mudah b'tambah GRAM ๐Ÿ‘‘, & dlm masa yg sama dia boleh b'tambah RM ๐Ÿ’ต๐Ÿ’ฐ. Harga emas naik atau turun, dealer tetap untung sebab dealer dpt bonus. Dealer bukan je sbg 'penyimpan', tetapi secara tak langsung dia boleh jd 'pelabur' & 'peniaga'.
Dgn share ilmu emas pun dia untung, baginya bila b'niaga ni, ilmu & kefahaman peelu diberikan kpd customernya supaya dia dpt bina hubungan antara customer & secara tak langsung menjadi rakan kongsinya.
Dgn keuntungan ILMU ๐Ÿ“š + GRAM EMAS ๐Ÿ‘‘๐Ÿ’Ž๐Ÿ’ + BONUS ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ dia b'peluang dpt.
***********************************************
Kalau nk GRAM EMAS ๐Ÿ‘‘ b'tambah dlm masa yg sama RM ๐Ÿ’ฐ pun b'tambah (tak kira harga emas naik atau turun sekali pun), maka posisi terbaik ialah??? (Anda sendiri boleh pilih)

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.

Isnin, 26 Oktober 2015

Nak jadi jutawan emas islam

Nak jadi Jutawan Emas Islam? Boleh, dengan syarat, MULAKAN langkah pertama.

Emas yang dibeli adalah penyelamat nilai wang kita.
Jika ditakdirkan RM semakin jatuh, emas di tanganlah penyelamat nilai.
Jika ditakdirkan terjadi sesuatu pada negara, emaslah yang masih boleh kita urusniaga di luar Malaysia.

Berbeza dgn RM.. bila jatuh sahaja, kita nak convert cash kat negara orang pun, tak dipandangnya.
Begitulah yang di bawa pelarian Kampuchea dulu. Hanya bawa emas ke Malaysia. Kanada dan beberapa negara lain, jika dibawa wang kertas negara mereka, wajib tak boleh jadi apa dah.. sebab tu mereka boleh survive. Sebab yang dibawa bersama adalah emas dan dijadikan modal berniaga... :-)

Sebab itulah kita berkongsi dengan kawan-kawan kebaikan simpan emas. Selain sebagai penyelamat nilai, malah membantu kita menggandakan simpanan emas kita. Dan penekanan utama kita adalah, mulakan bisnes emas.  Selain kita boleh simpan emas sendiri, kita juga boleh bantu sahabat-sahabat kita celik emas. Kenapa kena simpan emas dan apa kelebihan simpan emas. In shaa Allah..

Menjadi dealer emas di Powergold, tiada paksaan untuk maintain, jual atau apa. Yang penting, kita beli emas, dapat emas fizikal. Kalau rasa nak jual pun boleh.
Beli emas dpt bonus RM1/g.
Kita bawa kawan join, ada sponsor bonus.
Kawan kita beli emas, dia yg untung sebab emas tu jadi hak dia. Dia pun dapat bonus RM1/g,kita juga dapat bonus ni.
Yang penting, kita tahu bahawa emas tak pernah kurangkan duit kita. Malah duit kita makin bertambah.

Kempen 1gram 1bulan 1keluarga
Pendaftaran berlangsung sekarang. Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group celik emas secara percuma. Ramai sifu emas dalam group tu.

Ahad, 25 Oktober 2015

Jutawan emas vs jutawan duit

[JUTAWAN DUIT VS JUTAWAN EMAS]
1999 - RM1 JUTA = 33kg EMAS๐Ÿ’ฐ
2010 - RM1 JUTA = 5kg EMAS๐Ÿ’ฐ
2014 - RM1 JUTA =7kg EMAS๐Ÿ’ฐ

Semua negara DUNIA bersetuju EMAS dijadikan SANDARAN MATAWANG

Sekuat mana matawang sesuatu negara pasti akan turun naik↕ disebabkan oleh banyak faktor politik dan sebagainya. Akhirnya, kita akan sedar inilah maksud hadith Nabi..EMAS adalah matawang paling bernilai.
Peniaga emas tak boleh kira untung berdasarkan tunai ditangan.
Contoh mudah adalah anda mula menyimpan 1 gram pd Jan 2015. Kemudian tengok pada Jan 2016 (akan dtg) berapa jumlah gram di tangan.

Kita telah berada dalam bisnes emas, siapa pun kita tidak penting kerana kita sedang berada dalam bisnes paling bernilai dalam dunia. Kita patut berbangga dan tahniah kepada semua peniaga emas.

Jom kita sama-sama jadi tauke Emas dan jadi Jutawan Emas Islam.
Semua tak mustahil jika kita dah bermula dengan langkah pertama.

Kempen 1gram 1bulan 1keluarga
Pendaftaran dibuka sekarang. Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group celik emas secara percuma.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Renungan Hari Ini

๐Ÿ€ Untuk Renungan Bersama ๐Ÿ€

Jika 1 rumah di Malaysia beli 1gram sahaja, jualan 1gram dah lebih 10juta keping sebulan. 10orang jutawan baru tiap bulan.

Kalau dulu: Bila orang bisnes emas,kita macam PELIK + KAGUM.
Sekarang ni 2015: KITA pelik bila orang tak buka mata bisnes emas.

Jika ada orang kata: "eh, saya tak minat emas la"
Ayat dia yang sama erti: "Eh, saya tak minat DUIT la"
Jarang jumpa orang macam ni, tak minat duit.

Emas adalah DUIT...dan duit adalah EMAS.
Tetapi duit yg sama tidak dapat beli emas yang sama pada masa yg berbeza ๐Ÿ˜Š

Kita biasanya bermusuh dengan perkara yang kita tak tahu. Tak kenal maka tak cinta.

Semangat bisnes di kalangan orang melayu dah ok sekarang. Bersaing lah cara sihat dan tolong menolong macam orang cina.

Harga emas 999.9 hari ini
1gram goldbar
Ahli RM183
Bukan ahli RM193

#1gram1bulan1keluarga
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group celik emas secara percuma. Sharing is caring.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Pelaburan hartanah vs rumah vs emas

KEUNTUNGAN MEMBELI RUMAH��
✅Boleh menyewakan terus (paling utama).
✅Tidak perlu mengubahsuai rumah.
✅Boleh refinance rumah tersebut.
✅Permintaan pasaran tinggi.
✅Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
��Harga rumah sekarang RM50,000 > maksimum.
��Rumah perlu di dalam keadaan baik jika hendak dijual.
��Bukan harta warisan yang baik, jika hendak dibahagikan kepada bilangan anak yang ramai.
��Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan.

KEUNTUNGAN MEMBELI TANAH⛳
✅Boleh diusahakan untuk menanam sawit/getah (paling utama).
✅Boleh mohon agrobank untuk membuat pinjaman.
✅Permintaan pasaran tinggi.
✅Kenaikan harga tahunan yang tinggi.
✅Harga tanah dari serendah RM35,000 seekar ke harga maksimum.
��Hasil pertama dapat dituai, sekurang²nya pada tahun ke-4 jika diusahakan.
��Memerlukan tenaga kerja serta modal untuk diusahakan.
��Memerlukan Peguam dalam urusan penjualan.

KEUNTUNGAN MEMBELI EMAS����
✅Emas adalah aset.
✅Kenaikan harga tahunan emas adalah tinggi, sekitar 30%-40% setahun. Sejarah membuktikan kenaikkan harga emas 500% 10 tahun lepas.
✅Emas magnet kekayaan & kalis kemiskinan.
✅Emas kalis inflasi.
✅Emas jongkong & juga emas perhiasan boleh di pajakkan di Ar Rahnu & pinjaman diberikan sebanyak 65%-70%, jika memerlukan wang untuk digunakan (bermakna aset tidak hilang).
✅Emas harta warisan terbaik kepada anak². Boleh di berikan sama rata & tidak timbul perasaan tidak puas hati.
✅Modal yang kecil.
✅Boleh memberikan keuntungan maksimum sehingga 40% hanya dalam setahun, tanpa perlu penyelanggaraan @ tenaga kerja, jika hendak di jual semula.
✅Tidak memerlukan peguam dalam urusan penjualan.
✅Emas adalah pelaburan di dalam kawalan anda, tanpa perlu mengupah orang untuk menjaganya.
✨✨✨✨✨✨✨✨

Harga emas 999.9 1gram hari ini
Ahli RM183
Bukan ahli RM193

Kempen 1gram 1bulan 1keluarga
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group celik emas secara percuma.

Khamis, 22 Oktober 2015

Kenapa ye emas Powergold tak diterima?

Arrahnu @ pajak gadai yang bank-bank, kebanyakan memang tak terima gold bar, bukan kita punya je. Goldbar yang lain-lain pun mereka tak terima juga..
Sebab apa?
Bank mesti la tak suka kita simpan emas, mereka lagi suka kita simpan duit. Mereka boleh rolling duit tu. Sebab tu kebanyakan bank terima barang kemas sahaja. Barang kemas mereka assume kita pakai, bukan untuk pelaburan.

Gold bar ni lebih kepada untuk buat simpanan @ pelaburan.

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.

Rabu, 21 Oktober 2015

Beli emas dapat sehelai kertas. Berbaloi ke tak?

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama.
Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri.

Fakta :
1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.
2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan
3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.
4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.
5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.
6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?
7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!
8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.
9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.

Saya kira cukuplah setakat ini sahaja walaupun sebenarnya ada banyak lagi, tetapi beberapa fakta ini saya rasa dah cukup untuk memberikan anda kesedaran dan gambaran sebenar tentang produk perbankan ini.

Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah :
1- Gold Saving Passbook Account - Maybank
2- Gold Investment Account - Public Bank
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank
5- Gold Investment Account - UOB Bank

���� Kenapa EMAS? ����
�� Kenapa kami sungguh-sungguh simpan emas?
�� Kenapa kami ajak sahabat-sahabat semua simpan emas?
✨ Emas adalah benda yang sangat-sangat bernilai dalam dunia ni 
�� Emas tak pernah jatuh inflasi lebih 1400 thn.
�� Kami ajak simpan emas sebab kita dah lama jadi penyimpan RM.
�� Yang penting kita boleh jadi pembayar zakat emas

Harga 1gram gold bar hari ini
Ahli RM183
Bukan ahli RM193

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.

Selasa, 20 Oktober 2015

Spread yang rendah

BAGAIMANA KITA CEPAT UNTUNG DENGAN NILAI SPREAD YG RENDAH?

spread - Harga mahal tak penting yang penting nilai belian semula.

Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Spread jual beli goldbar di Powergold dari 3-8% bergantung pada berat dan pakej keahlian. Kebiasaan di lain-lain tempat untuk dapat spread 8% anda perlu membeli goldbar yang berat minima 10 gram tetapi di Powergold dengan berat 1 gram spread sudah dikira 7-8%. Jadi dengan simpanan 1 gram sudah mampu memberikan anda keuntungan yang cepat dan banyak.

Contoh Kiraan
1)Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat A dengan harga RM150 dengan kadar spread 12%
2)Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat Powergold dengan harga RM150 dengan kadar Spread 8%
Andaikata dalam masa 2 bulan goldbar 1 gram harga naik ke RM180 dan anda ingin jual kembali

1)Syarikat A akan membayar anda RM158.40
Cara kiraan spread 12% dari harga semasa RM180 adalah RM21.60
RM180-RM21.60 = Harga bersih yang anda dapat RM158.40, anda untung RM8.40 pergram

2)Syarikat Powergold akan membayar anda RM165.60
Cara kiraan spread 8% dari harga semasa RM180 adalah RM14.40
RM180-RM14.40 = Harga bersih yang anda dapat RM165.40, anda untung RM15.40 pergram
Beli dengan syarikat mana yang lebih cepat untung dan banyak untung?

Tips: sebelum membeli emas jangan lupa tanya kadar spread jual beli syarikat berkenaan

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.

Isnin, 19 Oktober 2015

Tips jual emas Powergold

Jual kepada urutan berikut;
1.end user
2.dealer
3.peniaga emas online/ofline
4.syarikat yg keluarkan produck
5.pilihan terakhir kedai emas

๐Ÿ‘†Ini adalah cara-cara untuk elakkan kerugian bila anda nak jual emas..
๐Ÿ‘Ingat, kedai emas adalah pilihan terakhir.. Kenapa? Sebab susut nilai tinggi.. Kita beli emas untuk ikat nilai simpanan kita, bukan dengan niat untuk dijual bila harga tinggi..
๐Ÿ‘‰Ingat kalau dah jual belum tentu kita dpt beli dengan harga semasa kita beli dulu..

๐Ÿ‘ŒDAN JUAL LAH JIKA PERLU UNTUK DAPATTKAN ASET LAIN..SEPERTI RUMAH ATAU TANAH

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas. Dapatkan info-info percuma.

Ahad, 18 Oktober 2015

Masalah semasa berpantang: Bayi kembung



Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Gambar: Sumber google

Masalah bayi kembung kerap melanda ibu-ibu dalam pantang. Saya juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang ibu perlu lakukan jika anak kembung?
1. Lihat dan kenalpasti apa makanan yang kita makan.
2. Pastikan letak minyak pada telapak kaki, dada dan belakang bayi selepas mandi
3. Lakukan urutan pada badan bayi

Anak saya yang sulung kerap kembung. Memang mati akal saya dibuatnya. Macam-macam yang saya lakukan bila anak menangis sebab kembung perut. Akhirnya saya dapat kenalpasti, anak saya alah dengan air kopi.

Anak yang kedua, saya elakkan dari minum kopi. Namun saya tetap hadapi masalah yang sama. Bayi saya hadapi kembung perut. Disebabkan saya tak tahu pasal urutan bayi, terpaksa juga belajar dan cari info di internet.

Anak yang ketiga ini,saya beli Baby Herbal Cream keluaran Tropika Beauty Sdn Bhd. Alhamdulillah, anak saya serasi dengan ubat ini. Tidur malam saya tidak diganggu tangisan kembung perut si bayi. Hanya kerap bangun untuk menyusukan si kecil sahaja.

Cara memajak emas

Info umum bagaimana cara memajak di arrahnu✨✨✨

๐Ÿ’ฅApa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

๐Ÿ’ฅApa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Bergantung pd polisi mereka.

๐Ÿ’ฅBerapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website. Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau mahukan kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

๐Ÿ’ฅBerapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

๐Ÿ’ฅBerapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

๐Ÿ’ฅBagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

๐Ÿ”ขCara pengiraan untuk renew surat:
Pajakan pertama;
Nilai emas = rm10,000
Pinjaman 65% = rm6,500
Upah simpan (rm0.70 x 10,000) = rm70
Renew;
Nilai emas = rm12,000
Pinjaman 65% = rm7,800
Upah simpan (rm0.70 x 12,000) = rm84
Baki rm1,300 akan dibayar sebagai tambahan pinjaman
Tapi itu kalau harga emas naik masa kita pegi renew surat. Kalau harga emas turun? Kita kena tambah pulak baki pinjaman. Sebab tu bg yg biasa gadaikan emas di arrahnu, biasanya duit pinjaman tu xkan digunakan semua. Ada cikgu yg pernah pesan kat saya, sebaik2nya kita gunakan 10% sahaja dr pinjaman. Selebihnya, kita simpan untuk tebus emas kita nanti bila kita cukup modal.

Jom simpan emas
☝️gram☝️bulan☝️keluarga

Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group celik emas. Dapatkan info-info percuma mengenai emas.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Jual emas vs pajak emas

Apa beza jual dan pajak emas?

Jual tu kita jual terus.
Kalau pajak, macam kita cagar rumah @ tanah untuk dapat loan bank.

Bezanya emas, kita ada arrahnu @ tmpt pajak khas untuk emas..
Kita boleh dapatkan "pinjaman" dengan bercagarkan emas kita dan kita boleh tebus balik. Duit kita dapat, emas kita pun tak hilang.

Dalam radio pasal iklan Arrahnu Exchange tu. Macam tu lah. Untuk dapat pinjaman segera bercagarkan emas kita.

KakTon boleh besarkan perniagaannya dengan bercagarkan emas yang ada.. haa gituu...

Kredit to NuzulaGoldEmpire ❤

harga 1gram goldbar hari ini
Ahli RM179
Bukan ahli RM199

Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas. Percuma je

Tol naik lagi

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Ramai kawan yang bercerita pasal harga tol naik. Macam saya, menggunakan tol sekali sekala mungkin tak terasa sangat kenaikan tol tersebut. Bagaimana dengan kawan-kawan yang melalui tol setiap hari? Lebih memeritkan bagi siapa yang menggunakan tol pergi dan balik kerja. Saya sungguh bersimpati dengan mereka. Ya Allah, luaskan rezeki semua.

Bila harga tol naik, besar kemungkinan harga barang lain juga naik. Agak mustahil kalau harga barang statik. Dan lagi mustahil harga barang akan turun. Setahu saya, tak pernah harga barang turun.
Lagi haru isu berkaitan minyak. Bila harga minyak naik, harga barang naik. Bila harga minyak turun, harga barang statik. Bila harga minyak naik semula, harga barang makin naik. Gaji? Tetap sama. Pandai-pandailah menggunakan wang. Anda bijak sekiranya menyimpan barang yang kalis inflasi. Corak masa depan anda.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Sebelum terlibat dalam dunia emas

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

 Fikir panjang terlebih dahulu sebelum anda terlibat dengan dunia emas.
1) Tengok modal perniagaan itu. Mampu milik atau pun tidak.
2) Pilih syarikat yang jujur dan amanah..kenali ownernya.
3) Pilih yg mudah dan memudahkan urusan jual beli emas....dunia dah maju....kena renung dalam-dalam bab ni.
4) Tengok kegiatan syarikat dan ahli...dari segi perkongsian ilmu emasnya...
5) Tengok leaders syarikat tu bagaimana dalam menyampaikan maklumat tentang emas...jgn join je...kemudian anda hilang arah tuju.
6) Fikir sejenak...adakah berbaloi jika menyertai syarikat ni? Jangan pakat hentam masuk sahaja.
7) Tengok spread harga beli balik emas dari syarikat tersebut..adakah rendah@tinggi......jgn tengok harga jualannya yang nmpak seakan-akan murah...kerana spread tu yang lebih penting ye.
8) Pastikan syarikat tu mmpunyai kilang sndiri..jika bukan kilang sndiri..maka akan jadi mahal...kerana perlu ambik emas dari supplier lain..
9) Saya pilih Powergold kerana:
✔ada kilang sndiri
✔kos upah murah
✔pelbagai bonus
✔owner..jujur dan amanah.
✔Syarikat bumiputra islam

Harga 1gram gold bar
Ahli RM179
Bukan ahli RM199

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen Jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp mengenai emas.

Khamis, 15 Oktober 2015

Spread

Kredit: Kaklong Nuzula

Apa itu SPREAD Jual Beli Emas?

Kalau nak melabur dalam emas dan perak, maka hendaklah fahami konsep spread price. Rasanya konsep ini sangat mudah, kerana ia melibatkan pengiraan matematik yang amat mudah. Apa yang saya fahami ialah spread price ialah peratus (%) beza antara harga yang kita beli dan kita mahu jual semula.
Contohnya jika kita beli dengan harga RM1.00, jika kita mahu jual semula pada hari yang sama dan waktu yang sama,  syarikat penjual emas tidak mungkin akan membeli dengan kita pada harga RM1.00, bahkan membeli pada harga yang lebih rendah iaitu contohnya RM0.90. Maka peratus beza harga itulah yang dinamakan spread price. Jika syarikat beli pada harga sama, maka mereka akan lingkup kerana tidak boleh menjana keuntungan

Nilai spread hanya diketahui apabila kita mengetahui berapakah harga jualan dan harga belian sesuatu syarikat. Walaubagaimana pun kebanyakan kedai emas hanya mempamerkan harga jualan emas mereka dan jarang sekali mereka mempamerkan kedua-dua harga jualan dan belian bagi sesuatu tarikh/masa kecuali jika kita rajin bertanya kepada taukey dan tuan punya kedai.
Contoh kiraan spread Goldbar 1 Gram Powergold
Spread Harga 1 Gram
Harga Ahli = RM 177.00 --> Harga Ahli Beli Goldbar 1 Gram
Harga PG buy back = RM 165.00 --> Harga Powergold beli balik Goldbar 1 Gram
Kadar Spread = Harga "Harga Ahli" - Harga "Harga PG buy back"
Spread = RM 177.00 - RM 165.00 = RM 12
Peratus Kadar Spread = (Kadar Spread bahagi Harga "Harga Ahli") x 100
Peratus Kadar Spread = (RM 12 / RM 177) x 100 = 8%


Rabu, 14 Oktober 2015

Powergold MLM?

Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Pada mulanya saya juga berfikiran sebegitu. Tapi bila sudah berada dalam powergold, baru saya faham sistem mereka. Ada kerja ada gaji.
Orang trauma bila dengar MLM? Golongan ini, trauma buat MLM atas sebab-sebab berikut..
1. Modal mahal
2. Kena jual barang
3. Kena cari orang sampai 10 kaki kena bukak
4. Kena kejar jualan bulanan
5. Kena kejar pangkat
6. Meeting larut malam yang merepek
7. Kena maintain bulanan yang mahal
8. Stok simpan bawah katil
9. Tak capai target.. income jatuh.. leader marah sebab leader pun income jatuh
10. Kena paksa datang perkongsian
11. Bonus dapat sebulan sekali
12. Upline janji manis nak bantu tapi hilang lepas join
13. Teamwork tiada.. buat keje sorang-sorang
14. Bonus sikit
15. Asyik nak kena pegi seminar
16. Produk merepek repek.. yang tak pakai pun kena beli untuk kejar point
1 soalan mudah.. dalam POWERGOLD anda hadapi masalah-masalah berikut..????
TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB cari ahli
TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB kena membuat belian bulanan
TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk kita menjual produk
TIADA PAKSAAN ATAU WAJIB untuk hadir ke seminar
TIADA YURAN tahunan (kerana keahliaan adalah seumur hidup)
Disini....apa yang kita buat kita tentukan, sebab yang dapat adalah kita.
1.KALAU anda berniat untuk join, hanya kerana nak beli emas murah...anda sudah dapat untung, kerana berpeluang membeli emas dengan harga yang murah dan berpeluang untuk membeli emas dengan harga lelongan, apabila ia diadakan. Yang ini saya suka sebab boleh beli emas dengan harga yang lebih murah. Hehe.
Kelebihan apabila anda buat belian, walaupun untuk diri sendiri, syarikat tetap bagi bonus untuk repurshace.
Cara diatas di panggil SAVING
2. KALAU anda berminat untuk menjual barang-barang emas. ANDA JUGA SUDAH UNTUNG, kerana anda beli murah, anda jual harga pasaran. ANDA JUGA DIBERI BONUS repurchase kerana belian anda, walaupn niat untuk dijual semula.
Cara diatas dipanggil TRADING...
3.KALAU anda jenis yang suka bercerita dan memang hobi anda suka untuk membantu rakan lain diluar sana. ANDA sudah dapat komisen setiap kali rakan anda join keahlian.. DAN jangan lupa juga...setiap ahli dibawah anda buat pembeliaan, Anda juga diberi bonus kerana mereka membuat repurchase.
CARA di atas dipanggil NETWORKING...
Oleh itu, di Powergold...anda pusing lah ikut mana pun.ANDA TETAP UNTUNG dari pelbagai sudut.
Harga emas hari ini untuk 1gram goldbar
AHLI RM177
BUKAN AHLI RM187

Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma.

Selasa, 13 Oktober 2015

Jenis emas dan kandungan

Kenali emas dan kandungannya:

1)   Emas 999
• Mempunyai kandungan 99.9% emas
• Tidak dicampur dengan bahan-bahan lain (Pure emas)
• Dikenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2)   Emas 950
• Mempunyai kandungan 95.0% emas.
• Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
• Dikenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3)   Emas 916
• Mempunyai kandungan 91.6% emas.
• Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Dikenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di seluruh Malaysia.

4)   Emas 835
• Mempunyai kandungan 83.5% emas.
• Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Dikenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
• Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5)   Emas 750
• Mempunyai kandungan 75% emas.
• Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Dikenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
• Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya

Harga emas goldbar hari ini
AHLI 1gm RM177
BUKAN AHLI RM197

Jom sertai kami. Pendaftaran sedang berlangsung. Sms/whatsapp 0193509685 untuk maklumat lanjut.

Isnin, 12 Oktober 2015

Berpantang sendiri

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Sudah lama bercuti dari buka blog ini. Saya masih lagi dalam mode berpantang. Hari ini hari yang ke 24. Kali ketiga saya berpantang sendiri. Alhamdulillah,suami banyak membantu. Anak yang sulung semakin matang. Anak yang kedua masih minta perhatian.Anak yang ketiga perlukan perhatian.

Semasa berpantang anak yang kedua, anak yang sulung sentiasa bersama saya. Namun,kali ini agak berbeza. Anak yang kedua sering merengek minta dimanja. Saya tidak mampu lakukannya sendirian. Sebelum suami ke tempat kerja, dia akan menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Lagipun yang sulung sudah dihantar ke sekolah walaupun baru berumur 4 tahun.

Setiap pagi, saya akan melakukan kerja yang mudah dan ringan. Masak air, masak nasi, lauk yang mudah dan senang, mandikan bayi, bertungku dan berehat.

Saya akan berkongsi semula mengenai ilmu emas pada entri yang akan datang:)