Pages

Sabtu, 19 September 2015

Menanti kelahiran

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Sejak semalam perut kerap mengeras. Masih ikut suami ke Melaka dan menumpang di rumah kaklang. Mak, fizah dan hidir standby jika saya dah terasa nak bersalin. Sehinggalah suami habis kelasnya pukul 2.30 petang.

Saat ni kekerapan perut mengeras semakin berkala. Diiringi hajat ke tandas jua. Dari pukul 2.00 pagi td, memang tak boleh lelapkan mata. Perut semakin kerap mengeras. Tapi mata mengantuk. Huhu.

Memang hajat suami lepaskan 12hb dan 19hb Sepetember. Adakah 20hb September saya bersalin? Wallahu a'lam. Mudahan-mudahan semuanya selamat.

Hajat saya pula nak bersalin siang hari sebab Iffah meragam setiap kali bangun malam untuk minum. Hanya suami yang boleh handle dia. Tak dapat saya bayangkn kalau saya bersalin waktu malam, suami di hospital, anak-anak di rumah pengasuh mereka. Oh, tidak! Kasihan mereka. Namun tetap yakin, Allah sebaik-baik pengatur. Ameen...

Catat Ulasan