Pages

Isnin, 14 September 2015

Jahit Mulut Isyah (siri 2)

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Cabaran seterusnya adalah memberi Isyah makan ubat. Mujur ubat yang dibekalkan hanya 2 jenis. Saya faham, dengan mulut yang sakit dan kemudian saya memaksanya makan ubat pula. Doktor memang pesan bagi ubat antibiotik dengan kadar segera sebab lukanya pada waktu pagi dan jahitan dilakukan pada waktu petang.

Isyah mula merengek tak mahu makan ubat. Apa lagi idea saya pada waktu ini untuk memujuk isyah makan ubat?  Kebetulan stok pensel warna yang baru masih ada. Ya, saya janjikan set pensel warna yang baru andainya dia mampu menghabiskan ubat antibiotik ini. Alhamdulillah, mujur Isyah setuju dengan idea itu.

Sebelum masuk waktu Isyak, Isyah dah mula merengek semula. Kali ini saya yakin kesan ubat bius dah habis. Puas pujuknya agar tidur supaya kesakitan beransur hilang kerana kesan makan ubat tadi.
Saya dan suami melayan apa sahaja yang Isyah mahu. Mungkin ini ujian agar kami lebih mendekati anak kecil ini.
Catat Ulasan