Pages

Ahad, 6 September 2015

Jahit mulut isyah (siri 1)

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Sebelum pulang dari sekolah, saya dapat pnggilan telefon daripada pengasuh anak saya. 'Rin, mulut isyah luka dekat sekolah. Akak nak bawa dia perginke klinik. Akak ada depan sekolah Rin'. Dengar sahaja perkataan luka, bergegas saya ke sana.

Nampak sahaja kelibat saya, isyah terus buat muka sedih. Saya minta dia buka mulut. Ya Allah! Saya sendiri ngeri nak tengok. Kelihatan seperti disodok dengan sudu. Kasihan isyah. Sempat lagi saya katakan padanya tiada apa-apa yang berlaku dan anak umi kuat.

Pengasuh anak saya terus berlalu membawanya ke klinik doktor Muhammad. Saya terus menelefon suami dan memberitahunya keadaan isyah.

Rupa-rupanya, suami terus ke klinik Muhammad sebaik sahaja balik dari kerja. Doktor Muhammad akan masuk semula ke klinik jam 3.30 petang. Suami memberi cadangan ke klinik Ibrahim pula. Sampai sahaja giliran, doktor Ibrahim suruh rujuk kes ke hospital pula.

Sampai di kaunter kecemasan, isyah diperiksa dan nombor giliran ke bilik hijau diberi. Hampir satu jam lebih menanti, nombor giliran isyah dipanggil. Suami membawa isyah masuk dan diberi temujanji berjumpa doktor di bilik bedah mulut pula jam 4.30 petang. Jam menunjukkan hampir pukul 4.50 petang, kelibat doktor masih belum muncul. Bilik bedah mulut masih berkunci. Badan terasa makin penat tapi demi anak, gagahkan jua.

Hampir pukul 5.00 petang, doktor tiba dan bilik bedah mulut dibuka. Doktor memanggil isyah. Suami dan pengasuh menemani isyah berjumoa doktor. Manakala saya hanya duduk diluar menemani anak kedua kami.

Dari luar kedengaran isyah menangis. Luluh hati rasanya. Dapat saya bayangkan bahagian dalam mulut anak kecil itu dijahit. Pilu hati dengar jeritannya.

Hampir pukul 6 petang, bahagian dalam mulut isyah selesai dijahit. Kemudian, suami perlu ke bilik hijau semula dan saya ke farmasi untuk mengambil antibiotik dan ubat tahan sakit untuk isyah. Lebih kurang 6.15petang, semuanya selesai.

Suami kata isyah sanggup bagi kerjasama bila dijanjikan ultraman. Tidak kisah la, janji selesai dijahit. Cabaran seterusnya adalah bagi ubat. (sambungan....)

Catat Ulasan