Pages

Isnin, 31 Ogos 2015

5 Sebab kenapa saya tertarik dengan powergold

✏ LIMA SEBAB UTAMA KENAPA SAYA TERTARIK DENGAN POWERGOLD!

1 - PRODUK EMAS
Satu dunia kenal emas, suka emas dan ingin memiliki emas, jadi prospek amat meluas, tak perlu panjang lebar untuk buat marketing, produk HOT powergold adalah goldbar 999.9 (1gram) yang susah nak kita cari, bukan semua kedai emas ada jual, kalau ada pun harga sangat mahal. Dengan berat 1gram ini amat mudah untuk dimiliki dan mudah untuk dijual jika kita suka berniaga.

2 - HARGA
Biasanya program yang ada plan network ni harga produknya mahal berganda-ganda tapi harga produk powergold terbukti lebih murah dari harga pasaran, orang biasa-biasa pun berminat join untuk saving, biasanya juga kalau buat program network ni kena cari geng2 yang suka network je, tapi kat powergold semua golongan boleh join seperti golongan yg suka saving, trading dan networking, siapapun adalah prospek kita termasuk yang paling dekat dengan kita adalah adik beradik kita sendiri.

3 - KILANG SENDIRI
Powergold adalah anak syarikat pada Amethyst Gold Creation yang dah lebih 10 tahun dalam trading emas. Jadi, pengalaman syarikat sudah lama dalam urusniaga emas dan dipercayai. Maka susah untuk lain-lain syarikat meniru dan lawan harga, maka kurang atau tiada langsung saingan buat masa ini.

4 - ADA BONUS PENCEN
Bonus pencen ni bonus dari belian ulangan ahli dari network kita, overiding sehingga 5 level, bonus ini kecil tetapi semakin naik dari bulan ke bulan, jika rajin usaha tak ada masalah untuk dapat 4-5 angka sebulan dari bonus ini, kenapa bonus ini the Best? contoh jika network kita dah tak berkembang tetapi selagi ahli dalam rangkaian kita membeli maka income akan berterusan. Kenapa mereka akan terus membeli? Kerana kadar harga jual beli (spread) emas powergold memang TERBAIK!! dari harga yang tidak ditawarkan oleh kedai emas dan lain-lain syarikat. Adakah kita rugi maintain membeli emas untuk simpanan?
Fikir-fikirkan...

5 - SYARIKAT DAN KILANG 100% MILIK BUMIPUTRA
Sokonglah produk keluaran bumiputra dan usahawan bumiputra.

KESIMPULAN
Boleh dikatakan powergold adalah satu2nya program yang terlengkap pada masa ini, cuma masih ramai yang keliru dengan Powergold antara program investment (Skim Cepat Kaya) atau program perniagaan emas sebenar.

Kempen 1gram 1bulan 1keluarga
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"
Pendaftaran berlangsung sekarang. Untuk info dan pertanyaan lanjut, hubungi 0193509685 (azrin)

Ahad, 30 Ogos 2015

Simpankan emas untuk anak

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Biasanya bayi yang baru lahir, orang akan bagi wang. Apa kata,gunakan wang yang ada dengan membelikan emas untuknya. Jika perempuan, boleh belikan loket. Jika lelaki, boleh belikan gold bar atau dinar.

Mulakan simpanan anda hari ini.

1gram 1bulan 1keluarga
"sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Sabtu, 29 Ogos 2015

Bagaimana nak mula simpan emas

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Langkah yang mudah untuk simpan emas.
1. Dapatkan ilmu mengenai emas.
2. Beli emas. Pegang dan rasa aura emas tersebut.. Hehe
3. Simpan emas secara konsisten.
4. Sebar dan kongsi mengenai kebaikan emas.

Mulakan simpanan anda hari ini.

Bestnya jadi ahli powergold:
1. Dapat beli emas dengan harga murah setiap bulan.
2. Dapat bonus repurchase kalau beli emas. (beli dekat kedai tiad bonuskan?)
3. Dapat beli masa powergold buat lelongan emas. (setakat ini, saya beli 2kali masa lelongan....berbaloi-baloi... Hehe)
4. Tiada pembelian yang wajib setiap bulan.
5. Keahlian seumur hidup.

Tiada paksaan jadi ahli. Nak beli emas dengan saya pun boleh.

1gram 1bulan 1keluarga
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Jutawanpowergold.biz/azringold



Pelabur vs penyimpan emas

Terks: Norazrin binti Mohd Nor

Anda suka emas? Saya bukanlah peminat tegar barang kemas. Pakai barang kemas sekadar ada. Seutas gelang, sebentuk cincin dan seutas rantai sahaja. Semuanya hadiah daripada suami.

Sejak mengenali powergold.biz, saya mula suka emas! Saya bukan nak jadi pelabur emas. Beli dan jual. Bukan itu matlamat saya. Saya sekadar mahu jadi penyimpan emas untuk jangka panjang. Ya, itulah target saya. Disebabkan matlamat itulah saya join powergold.biz untuk dapatkan harga emas tulen yang rendah.

Saya nak lebih ramai lagi menjadi penyimpan emas untuk jangka panjang. Untung sangat simpan emas. Semakin hari, saya semakin bersemangat untuk menyimpan emas. Biar harga emas mahal, saya tetap mahu mulakan simpanan emas walau 0.5gram sebulan. Macam simpan duit dalam bank tu.

Pelabur emas.
1. Sentiasa memantau harga turun naik emas.
2. Beli emas ketika harga emas turun.
3. Jual emas ketika harga emas melambung naik.
4. Matlamat...keuntungan.

Penyimpan emas.
1. Tidak ambil pusing harga emas naik atau turun.
2. Beli emas, tidak kira harga tinggi atau rendah.
3. Jual emas ketika kecemasan atau memenuhi impian (tunaikan haji, pengajian anak-anak dan lain-lain)
4. Matlamat...berapa gram dalam simpanan sebab nak jadi pembayar zakat emas.

Kelebihan menyertai powergold.biz
1. Beli emas dengan harga murah.
2. Emas tulen 999.9
3. Dapat bonus bila beli emas.
4. Ada emas 0.5gram yang mampu dimiliki setiap bulan

1gram 1bulan 1keluarga
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Jutawanpowergold.biz/azringold

Jumaat, 28 Ogos 2015

Emas simpanan terbaik?

Teks :Norazrin binti Mohd Nor

Beli emas dan dapat emas. Inilah yang membuatkan saya berminat untuk menyimpan emas.

Saya memang telah membuka akaun emas di KFH. Namun saya hanya diberi slip yang menyatakan saya telah membeli emas 10gm. Emas fizikal tersebut, bank KFH yang simpan. Sekiranya saya tetap mahu memegang emas fizikal, saya hanya boleh memegang atau menyimpan 8gram sahaja.

Saya mula menyertai powergold.biz apabila telah berfikir panjang. Lagipun saya nak jadipenyimpan emas, bukan beli emas dan menjual emas.

Beza powergold.biz dengan kedai emas luar.

1. Jimat masa (Order online sahaja)
2. Jimat tenaga (Mengadap depan komputer/telefon bimbit)
3. Jimat kos (Tidak perlu ke kedai)

Kelebihan berbanding kedai emas luar:
1. Kos upah terendah.
2. Beli dapat bonus
3. Jual dapat bonus + untung runcit

1gram 1bulan 1keluarga
"Sikit-skit lama-lama jadi bukit"

jutawanpowergold.biz/azringold


Khamis, 27 Ogos 2015

Kempen menyimpan emas

Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Gambar : Simpanan peribadi

Anda ada aset untuk waktu kecemasan? Bagi saya sendiri, memang setiap bulan akan menyimpan akan ada peruntukan untuk simpanan. Tapi biasanya yang berlaku, bila masa sesak atau kecemasan, wang simpanan itulah yang saya akan keluarkan semula. Adakalanya hampir setiap bulan sesak. Huhu..

Rasanya macam nak ajak semua orang menyimpan emas. Biar sikit setiap bulan, janji konsisten. takkan masa sesak kita nak bayar guna emas 1gram yang kita ada kan? Hehe..

Jom kawan-kawan kita simpan emas. Saya ajak simpan emas. Bukan beli masa ni, jual hari esoknya. Ini memang untuk simpanan. Saya sendiri target nak pergi haji dengan simpanan emas yang saya simpan. Moga Allah permudahkan urusan saya ke baitullah.

Jom beli emas. Jadi ahli,dapat beli dengan harga murah..

1gm 1bulan 1keluarga
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

jutawanpowergold.biz/azringold

Rabu, 26 Ogos 2015

Temujanji dengan doktor

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Pagi ini saya ke Klinik Kesihatan. Ada temujanji dengan doktor. Pemantauan diakhir kandungan. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

Hb dalam darah kembali tinggi 11.7. Berat badan 67.5kg. Anggaran berat bayi 2.7kg. Semoga semuanya dalam keadaan baik.

Selasa, 25 Ogos 2015

Adakah anda konsisten menyimpan wang?

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Simpanan merupakan lubuk bagi setiap manusia. Yang beringat menyimpan, pasti tidak menghadapi masalah sekiranya berlaku kecemasan atau saat memerlukan wang.

Seharusnya, kita menggajikan diri kita terlebih dahulu setiap kali dapat gaji. Sebagai contoh, 20% daripada gaji kita simpan untuk masa depan.

Sekiranya anda peyimpan tegar dan mampu mendisiplinkan diri setiap bulan, lebih baik anda menyimpan emas. Saya juga tidak berkemampuan membeli emas sekali banyak. Namun timbul kesedaran lebih baik simpan emas berbanding wang. Ini kerana wang mempunyai nilai susut. Manakala harga emas semakin tinggi.

Saya memang berharap dapat menyimpan emas sebulan 1gm. Biarlah orang kata, sampai bila nak tunggu banyak? Takpe... Yang penting itulah kemampuan saya. Saya juga berharap dapat jadi pembayar zakat emas.

1bulan 1gm 1family
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Jutawanpowergold.biz/azringold

Isnin, 24 Ogos 2015

Pertandingan bola sepak antara kelas

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Pagi ini semasa 1 murid 1 sukan, telah diadakan pertandingan bola sepak antara kelas.

Perlawanan mengambil masa 10 minit sahaja bagi setiap aliran. Walaubagaimana, ianya tetap pertandingan yang menarik.

Pertandingan dimulai dengan perlawanan antara 3pintar dan 3cerdas. Berakhir dengan 1-0.

Pertandingan bagi tahun empat diakhiri dengan keputusan 2-1

Manakala pertandingan murid tahun 2 diakhiri dengan keputusan 2-0

Kesimpulannya, pertandingan sebeginilah yang dapat mencungkil bakat murid-murid

Ahad, 23 Ogos 2015

Saya nak pergi haji...

Bagaimana menunaikan haji dengan dinar. Kaji dan nilai sendiri.

Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun-tahun yang lepas berdasarkan nilai dinar emas;

TAHUN 2002 1 Dinar = RM 140 Kos Haji = 65 keping x RM 140 = RM 9,100.00 ✈ Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

TAHUN 2009 1 Dinar = RM 502 Kos Haji = 18 keping x RM502 = RM 9,036.00 ✈ Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

TAHUN 2013 1 Dinar = RM 650 Kos Haji = 16 keping x RM650 = RM 10,400.00 ( kos hj 2013 adalah RM9,980) ✈Dinar yang diperlukan 16 keping.

TAHUN 2015 ( TERKINI ) 1 Dinar = RM699.00 Kos Haji = 15 keping x RM 699 = RM10,485.00 ( kos hj 2015 adalah RM9,980) ✈ Dinar yang diperlukan 15 keping.

Renung2kan lah... tren sentiasa meningkat saban tahun... pilihan ditangan anda.

1bulan 1gm 1family
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Simpanan emas terbaik

SIMPANAN EMAS TERBAIK : DINAR, GOLD BAR ATAU BARANG KEMAS.....

Soalan yang selalu bermain di minda sesorang yang baru  "nak belajar simpan dinar....gold bar...atau barang kemas ye....?? Mana yang paling bagus ye.....???

Jawapan saya.....PELBAGAIKAN SIMPANAN EMAS ANDA.....

Sebab ape....??? Kenapa .....???

KERANA : SETIAP EMAS ADE SIFAT DAN KELEBIHAN MASING2.....

jom kite kaji...kelebihan emas....

DINAR
✨ boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
✨ digunakan untuk membayar zakat
✨ dijadikan sebagai hantaran mas kahwin
✨ cerderamata / hadiah untuk org tersayang
✨ simpanan untuk pergi haji
✨ tabungan/simpanan

GOLD BAR
harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi....
memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata2....
pilihan unk mereka yang sudah banyak kemas, dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula...
bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya....
sesuai untuk simpanan jangka masa panjang spt pendidikan anak2....perkahwinan....simpanan hari tua....membeli rumah dan lain2....

BARANG KEMAS
dijadikan perhiasan wanita
mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau
fungsi 4 dalam 1.... perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua ar rahnu

1bulan 1gm 1family
"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

Sabtu, 22 Ogos 2015

Beza simpanan emas dan simpanan ringgit

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Kegawatan ekonomi semmakin terasa. Emas menyimpan nilai. Tak makan dek zaman walau 100 tahun, 1000 tahun pun.. Walaupun kita dah tiadadalam dunia ini.

Emas tetap emas.

Contohnya : kalau kita jumpa harta karun emas yang berusia 1000 tahun...bernilai atau tidak bernilai pada hari ini?

Emas tetap bernilai sepanjang zaman.

Tidak macam wang yang kita simpan. Wang kertas simpanan boleh dimamah inflasi dan boleh dimanipulasi.

Tengok apa dah jadi pada ringgit kita hari ini?

Satu lagi, emas bukan sahaja sebagai simpanan tapi emas adalah ASET yang kita boleh beli CASH tanpa perlu buat loan bank dan tanpa perlu berhutang dengan sesiapa.

Sesiapa sahaja boleh mulakan simpanan emas.

Simpanan emas adalah aset yang boleh diwariskan.

Duit pun kita boleh wariskan tapi 30 tahun lagi, mesti nilai susutnya tinggi. Kalau kita bandingkan dengan emas yang kita simpan 30 tahun lagi?

PILIHAN DI TANGAN ANDA.

1gm 1bulan 1keluarga.

jutawanpowergold.biz/azringold

Ahad, 9 Ogos 2015

Jika ingin berjaya

Teks : Norazrin Bt Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim....
Sekadar berkongsi tazkirah dari Imam Muda.

Manusia sentiasa ingin berjaya dan mengharapkan kejayaan. Jom kita renung Surah al-Mukminun ayat 1-5.

1. Betulkan dan perbaiki hubungan kita dengan Allah.

2. Khusyuk dalam solat. Menjaga solat 5 waktu. Walau sesibuk manapun kita dalam berurusniaga, jangan sesekali kita lupakan urusan kita dengan Allah.

3. Tinggalkan perkara yang melalaikan.

4. Membersihkan harta dengan membayar zakat.

5.Menjaga kehormatan / maruah diri, menjaga batas pergaulan kita apabila berinteraksi contohnya dalam ber whatsapp, facebook atau instagram.