Pages

Isnin, 11 Mei 2015

Mendidik Semasa Sarapan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Artikel : Naluri Parenting Cafe

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana mendidik anak-anak di meja makan? Baru-baru ini saya dapat email dari Naluri Parenting Cafe. Sebelum saya letakkan artikel asal, saya nak menulis apa yang saya dapat dari artikel tersebut.

Pn Noor Hayati Abdul hamid adalah ibu kepada7 orang anak. Beliau merupakan Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.

Beliau adalah trainer dan speaker Parenting, Kekeluargaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Perkongsian yang akan saya sertakan disini merupakan perkongsian daripada anak-anak Pn Noor Hayati sendiri.

Persiapan di meja makan.
* Susun atur makanan dan sarapan yang dihidangkan rapi dan cantik.
* Jauhi suasan bebelan, cemas dan jeritan.
* Ketenangan di waktu pagi memberi kesan yang besarkepada anak-anak.
* Berbual mesra dan gembira

Artikel asal:
Sarapan Yang Membahagiakan

Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.

Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan . Suasana ini membuatkan kami rasa senang dan gembira untuk memulakan hari.

Inilah rutin yang kami lalui di pagi hari semasa kami bersama Mama sehingga dewasa. Ketenangan yang sebenarnya terkesan sampai kami besar. Komitmen Mama untuk menyediakan sarapan yang membahagiakan, memotivasi kami untuk membuat kerja harian secara bersungguh-sungguh. Kerana kami sedar bukan mudah untuk seorang ibu mewujudkan ketenangan dipagi hari dengan seribu satu kerenah ahli keluarga.

Sekiranya masa tidak mencemburui, Mama akan meluangkan masa yang lama untuk berbual bersama kami sehinggalah kami berangkat ke sekolah. Sungguh, masa yang singkat terasa menjadi panjang, kerana kami pergi dengan sebuah kegembiraan dan inspirasi. Ia nampak santai, tetapi tanpa disedari, inilah antara RUTIN mahal yang tidak ternilai 

Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. 





Catat Ulasan