Pages

Sabtu, 23 Mei 2015

Berjaya atau gagal?

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Berjaya atau gagalnya sesorang bergantung kepada tindak tanduk dan cara individu itu sendiri. Saya mempunyai seorang anak murid yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang cerdik. Namun, akhir-akhir ini terdapat beberapa rungutan dari guru mengenai sikapnya yang acuh tak acuh apabila ditegur oleh guru.

Disini saya sertakan beberapa sikap orang yang berjaya vs orang yang gagal.


Sikap Orang Yang BerjayaSikap Orang Yang Gagal

  • Bersedia mengubah kelakuan sendiri
  • Sanggup bekerja keras dan punya masa
  • Mengetahui bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa sebaiknya untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain
  • Mencuba untuk mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Menggunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Memandang besar terhadap masalah

Sekiranya anda masih seorang pelajar, jagalah adab-adab anda dengan guru. Besar kesannya sekiranya anda tidak menjaga adab dengan guru. Antaranya keberkatan ilmu dari guru tersebut.

Isnin, 11 Mei 2015

Mendidik Semasa Sarapan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Artikel : Naluri Parenting Cafe

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana mendidik anak-anak di meja makan? Baru-baru ini saya dapat email dari Naluri Parenting Cafe. Sebelum saya letakkan artikel asal, saya nak menulis apa yang saya dapat dari artikel tersebut.

Pn Noor Hayati Abdul hamid adalah ibu kepada7 orang anak. Beliau merupakan Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.

Beliau adalah trainer dan speaker Parenting, Kekeluargaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Perkongsian yang akan saya sertakan disini merupakan perkongsian daripada anak-anak Pn Noor Hayati sendiri.

Persiapan di meja makan.
* Susun atur makanan dan sarapan yang dihidangkan rapi dan cantik.
* Jauhi suasan bebelan, cemas dan jeritan.
* Ketenangan di waktu pagi memberi kesan yang besarkepada anak-anak.
* Berbual mesra dan gembira

Artikel asal:
Sarapan Yang Membahagiakan

Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.

Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan . Suasana ini membuatkan kami rasa senang dan gembira untuk memulakan hari.

Inilah rutin yang kami lalui di pagi hari semasa kami bersama Mama sehingga dewasa. Ketenangan yang sebenarnya terkesan sampai kami besar. Komitmen Mama untuk menyediakan sarapan yang membahagiakan, memotivasi kami untuk membuat kerja harian secara bersungguh-sungguh. Kerana kami sedar bukan mudah untuk seorang ibu mewujudkan ketenangan dipagi hari dengan seribu satu kerenah ahli keluarga.

Sekiranya masa tidak mencemburui, Mama akan meluangkan masa yang lama untuk berbual bersama kami sehinggalah kami berangkat ke sekolah. Sungguh, masa yang singkat terasa menjadi panjang, kerana kami pergi dengan sebuah kegembiraan dan inspirasi. Ia nampak santai, tetapi tanpa disedari, inilah antara RUTIN mahal yang tidak ternilai 

Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. 





Sabtu, 9 Mei 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirahiim...
Sekarang musin peperiksaan. Bukan sahaja guru yang sibuk menyiapkan soalan peperiksaan. Murid apatah lagi sibuknya mengulangkaji pelajaran.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips menghadapi peperiksaan. Sebenarnya banyak cara untuk menghadapi peperiksaan. Namun demikian, terpulang kepada individu masing-masing cara yang sesuai bagi mereka.

* Bersedia lebih awal
* Membuat ulangkaji pantas dengan membaca nota ringkas, nota poket serta membuat ujian soalan yang lepas.
* Mengajar orang lain. Tiada istilah kedekut ilmu. Ilmu sekiranya dikongsi, pemahaman kita terhadap sesuatu akan menjadi lebih tinggi.
* Semak jadual agar anda tidak lewat menduduki peperiksaan.
* Bersedia dengan keperluan peperiksaan. Pastikan alat tulis anda lengkap. Bagi yang menghadapi peperiksaan awam, anda perlu bersedia dengan slip eperiksaan dan kad pengenalan.
* Jauhi dari bercinta. Anda akan berkhayal dan cepat lupa ketika menjawab soalan peperiksaan.
* Mohon maaf.
* Jangan banyak ketawa dan berseronok.
* Jaga pemakanan.
* Banyakkan berdoa



Jumaat, 8 Mei 2015

Baju Menyusu Murah

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Assalamulaikum...
Hari ini saya sibuk mencari pola untuk buat baju menyusu dan baju mengandung. Hajat dihati nak buat baju sendiri tapi kekangan masa untuk membuat pola. Pastinya terkial-kial nak menyiapkan pola sahaja. hehe.

Adakah anda mencari baju menyusu yang murah? Tawaran ini terhad sebab bermula saiz xs, s,m,l dan xl semuanya hanya tinggal beberapa helai sahaja. Nak tahu harganya? Hanya RM32 sahaja! Murah bukan? Tapi tawaran ini terhad hanya untuk beberapa helai sahaja. Sekiranya berminat boleh hubungi saya segera.

p-26677-aqeela-muslimah-wear-6893-935422-1.jpg
Saiz yang tinggal XS, S, M dan L

Saiz yang tinggal hanya XS dan S sahaja
p-26480-au717b.jpg
Saiz yang tinggal XS sahaja

Jangan lepaskan jualan murah ini. Bertindak segera dengan hubungi saya. Tawaran terhad selagi stok masih ada.

Rabu, 6 Mei 2015

Soalan Peperiksaan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Musim peperiksaan di seluruh negara. Sekarang para guru memang sibuk menyediakan soalan peperiksaaan. Guru matapelajaran teras,atau elektif. Semuanya bertungkus lumus menyediakan kertas soalan peperiksaaan untuk murid masing-masing.

Alhamdulillah matapelajaran saya, KPM sediakan soalan. Cuma kena bersedia melaksanakan ujian lisan dan ujian bertulis. Hari ini, saya sudah mengeluarkan salinan soalan peperiksaan. Seawal pagi saya sudah serahkan kepada guru yang menyelia soalan untuk diperbanyakkan. Syukur dan lega kertas soalan selesai.

Isnin, 4 Mei 2015

Masih Bercuti

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk teruskan kehidupan. Syukur dengan segala nikmat yang diberikan.

Si kakak sudah mula bertanya bila hari persekolahan. Takkan dah bosan bercuti? Hehe. Hari ini, jadual seperti biasa. Anak-anak memang dah biasa bangun awal. Suami selalu berbual-bual dengan anak dan mengatakan "anak walid nak bangun solat subuh ye sayang?" Mudah-mudahan mereka mudah bangun pagi untuk menunaian solat subuh.

Seawal pagi kami bersarapan. Niat dihati ingin mencari sebuah lagi botol minuman untuk si kecil. Si kecil yang istimewa kerana tidak pandai menggunakan botol susu. Hanya 2bulan sahaja si kecil menggunakan botol susu sepanjang dalam jagaan pengasuhnya.

Alhamdulillah, si kecil sihat seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun baru belajar menjadi kakak, si kecil dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Ahad, 3 Mei 2015

Big Bad Wolf

Teks : Norazrin Binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Perjalanan balik ke Muar, kami singgah di MITC, Melaka. Tiba di MITC lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Rupa-rupanya ada 3 promosi yang sedang berlangsung di sini.

Kami terus menuju pameran Big Bad Wolf. Kali pertama pergi ke pameran seperti ini selain pesta buku di PWTC. Terkejut apabila melihat kebanyakan buku cerita kanak-kanak sekitar RM2 sahaja. Apalagi, si anak dara yang masih belum pandai membaca pun teruja tengok buku. Selesai memilih, terus keluar mencari air kerana si kecil menangis kehausan.

Berjalan pula menuju pameran kasut. Opss...makanan dan minuman tidak dibenarkan masuk. Sambil tersenyum, kami menghabiskan makanan dan minuman di tepi laluan masuk ke tapak pameran. Hajatnya nak membeli kasut si anak daradan si kecil. Rupa-rupanya, jualan kasut orang dewasa dan baju sukan sahaja. Keluar dengan membeli 2 helai baju t-shirt suami.

Sabtu, 2 Mei 2015

Memenuhi Undangan Perkahwinan

Teks: Norazrin bintiMohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Hari ini kami memenuhi beberapa undangan perkahwinan. Hari ini,si kecil kami tidurdengan lena di dalam buaian. Biasanya dia akan tidur paling lama satu jam sahaja. Setelah waktu Zuhur, si kecil masih tidur lena. Setelah solat, suami kejutkan si kecil kerana terdapat tiga undangan padahari ini. 

Rumah pertama,kami singgah di rumah kak siti terlebih dahulu kerana ianya paling dekat dengan rumah kami. Sempat juga terserempak dengan bayi Ayyash.

Kami meneruskan perjalanan ke rumah kak Rohaya pula. Kedua mempelai tengah makan beradab.Di sini kami sempat pula berjumpa dengan daie Azam al-kankari. Alhamdulillah,sedapnya masakan daging kambing di sini.

Rumah yang terakhir, kami menuju ke rumah Nisak. Pengantin berbaju biru sedondon. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Selesai makan, saya berbual seketika dengan Nisak yang tengah sarat mengandung anak ke empatnya.

Selepas solat Asar,kami pulang ke kampung di Negeri Sembilan.