Pages

Rabu, 29 April 2015

Suntikan untuk anak

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Sejak dari semalam saya ingatkan suami agar hantar anak ke klinik untuk mengambil suntikan. Suntikan ini merupakan suntikan yang terakhir ( Suntikan setahun setengah).

Sebelum waktu balik, Penolong Kanan memberitahu mesyuarat ditangguhkan. Alhamdulillah, boleh saya menemani suami untuk hantar anak ke klinik.

Sampai di klinik, jururawat lihat anak selsema. Setelah diperiksa, anak tiada demam.Jururawat masih memberi pilihan samada mahu mengambil suntikan atau ditangguhkan dahulu. Namun,kami diberitahu sekiranya di hospital pun,doktor akan memberi suntikan sekiranya anak tidak demam. Saya dan suami bersetuj untuk membenarkan jururawat memberi suntikan kepada anak. Kami mempunyai kekangan masa untuk ke klinik. Alang-alang datang, ambil sahaja suntikan buat anak.
Catat Ulasan