Pages

Isnin, 20 April 2015

Roti walnut

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahim..
Hari ini meroti lagi. Niat di hati nak balas bekas berisi nasi kerabu. Alhamdulillah... Roti menjadi gebu.
Resepi ini diambil dari buku yang sama tempohari.
Bahab-bahan:
Telur + air = 170gm
300gm Tepung berprotin tinggi
30gm mentega
30gm gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
55gm walnut
55gm kismis

Cara-caranya:
Masukkan semua dalam mesin pembuat roti. Set kepada doh roti. Tunggu hingga selesai.
Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk bagi keluarkan udara. Bahagikan kepada 10 bahagian. Biarkan selama 10 minit.
Canaikan sedikit doh, kemudian gunting lima bucu (tidak putus). Biarkan selama 10minit.
Bila doh sudah naik, panaskan ketuhar 180darjah celcius dan bakar selama 12 minit.
Selamat mencuba...
Muka budak yang sibuk nak 'tolong' umi buat roti 
Catat Ulasan