Pages

Sabtu, 18 April 2015

Resepi Ban Sosej



Teks:Norazrin binti Mohd Nor
Foto : Simpanan peribadi

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Pagi Sabtu ni, belek-belek buku Jom jimat menyediakan roti. Bila lihat semua bahan untuk membuat roti gulung ada di dapur. Apalagi, jom kita meroti.

Bahan-bahan:
sebiji telur ayam + air = 170gm
300gm tepung roti
30gm mentega
2 sudu tepung susu
2 sudu gula kastor
1 sudu kecil pelembut roti (pilhan) *saya tak letak
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam

Lain-lain:
8 keping sosej
Mayonis
Parsli kering *saya tak letak
Susu segar
Sos cili

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam mesin pembuat roti. Set kepada doh roti. Tunggu selesai.

2. Asingkan kepada 8 bahagian dan biarkan selama 10 minit.

3. Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak sosej di tengah-tengah dan potong tepinya. Balut sosej secara berselang seli. Ulang sehingga habis 8 doh. Biarkan naik 2 kali ganda. Seperti gambar di bawah.


4. Sapukan permukan roti dengan susu segar. Picitkan sos cili dan mayonis diatas permukaan roti. Bakar dalam ketuhar 180darjah celcius selama 12-14 minit. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu ye.

Kebetulan mak dan adik-beradik saya datang dari kampung. Mereka suka roti ni dan kata ianya lembut. Jangan lupa mencuba ye



Catat Ulasan