Pages

Jumaat, 10 April 2015

Penjual dan pembeli

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Petang ini kami tidak ke mana-mana. Ada panggilan telefon dari seorang lelaki yang hendak membeli kelapa matak. Kami mempunyai beberapa batang pokok kelapa matak. Alhamdulillah, setakat ini pembeli datang sendiri membeli.

Pada awalnya pembeli bercadang membeli kelapa kulit kering. Suami saya sudah mengumpul hampir 60 biji kelapa kulit kering. Seperti yang dijanjikan, pembeli datang dengan menaiki sebuah lori.

Sungguh saya tak sangka, dia mengutip semua anal kelapa matak. Hampir penuh lori yang dibawanya berisi dengan anak pokok kelapa matak. Melalui perbualannya, dia merupakan seorang penguasa kelapa matak. Cuma saya agak terkilan kerana dia hanya membayar secara pukal dan terus berlalu pulang. Bagi saya ianya tidak masuk akal dengan muatan yang diambilnya. Sebaiknya, belilah dengan harga yang berpatutan. Bagi saya, dia sebagai penguasa kelapa matak tahu harga sebatang anak pokok kelapa matak.

Kesimpulannya, peniaga dan pembeli perlu berlaku jujur dan amanah.

Catat Ulasan