Pages

Isnin, 13 April 2015

Mengajar alif ba ta

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahim...
Mengajar anak mencintai al-quran perlu bermula sejak anak itu masih kecil lagi. Ada ibu yang mengajar sejak dari dalam kandungan lagi dengan memperbanyakkan membaca al-quran. Ada ibu yang mengajar sejak anak masih bayi. Ada juga ibu bpa yang mengajar anak mereka apabila anak sudah boleh menyebut. Walau apapun keadaan, niat untuk anak mencintai al-quran perlu ada dalam setiap diri ibu bapa.

Kini terdapat pelbagai cara untuk mengajar anak mengenal alif ba ta. Penggunaan kad imbasan sangat popular. Ianya mudah didapati dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain menggunakan kad imbasan, ibu bapa boleh menampal huruf hijaiyyah tersebut di dinding rumah. Ini bagi memastikan anak sentiasa melihat huruf-huruf tersebut. Ibu bapa berperanan selalu mengulang-ngulang sebutan huruf hijaiyyah ini.

Kekerapan anak mendengar sebutan ini dapat membantu anak tersebut mencuba untuk menyebutnya semula. Mudah-mudahan ini dapat membantu ibu bapa mengajar anak mengenal huruf-huruf al-quran.
Catat Ulasan