Pages

Selasa, 7 April 2015

Laptop oh laptop

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Kelmarin screen komputer riba saya retak. Aduhai... Macam-macam kerja yang terbengkalai. Saya termenung seketika. Sebelum saya lihat keadaan komputer riba saya, memang anak kecil saya bermain di situ. Nak marahkan anak, macam tak masuk akal bila marah budak kecil berumur setahun setengah. Akhirnya saya diam membisu.

Suami segera bertindak dengan membawa komputer riba saya ke kedai. Malangnya kedai yang biasa kami baiki komputer tutup. Sangat kecewa rasanya.

Suami berjanji akan segera ke kedai komputer selepas dia balik kerja pada ke esokan harinya. Mudah-mudahan komputer riba saya segera dibaiki.

Catat Ulasan