Pages

Rabu, 8 April 2015

i THINK

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Waktu kokurikulum hari ini telah diadakan pendedahan iTHINK kepada semua murid. Pada awalnya, pengenalan iTHINK disampaikan kepada semua. Murid-murid sudah didedahkan dengan peta iTHINK sepanjang proses PdP bermula dari tahun lepas lagi. Guru Besar berharap pembentangan kepada semua murid diadakan untuk menjelaskan lagi kefahaman yang sedia ada.

Selepas penerangan diberi, murid dibahagikan mengikut persatuan masing-masing. Kali ini, guru penasihat setiap persatuan mengedarkan bahan untuk murid melakar peta iTHINK. Bahan-bahan tersebut perlu berkisar mengenai persatuan masing-masing.
Catat Ulasan