Pages

Rabu, 1 April 2015

Buku Merah

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Gambar : Sumber google
Image result for klinik


Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Pagi ini, saya merancang untuk ke klinik semula. Membuka dan membuat buku merah @ buku kehamilan. Jadual hari ini agak padat dan saya terpaksa mengatur jadual saya bersama rakan sekerja yang lain. Saya boleh bergerak awal ke klinik tapi jururawat menyarankan agar saya ke sana lewat sedikit sebab dia perlu ke Klinik Kesihatan pagi ini.

Tepat jam 9.00 pagi, saya ke klinik desa. Namun, sebelum itu saya sempat menelefon jururawat tersebut. Alhamdulillah, dia ada di klinik desa.

Buat buku merah seperti biasa. Jururawat memeriksa Hb, timbangan berat badan, jangkaan kandungan dan data-data saya dan suami. Alhamdulillah Hb 12.7. Hb merupakan sesuatu yang mnakutkan saya sepanjang kehamilan. Bukan takut darah diambil tapi takut bacaan Hb rendah.

Catat Ulasan