Pages

Khamis, 9 April 2015

Budaya Al-Quran

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Setiap hari Khamis, sekolah di sini ada slot Budaya al-quran. Sudah beberapa tahun saya di sini, terdapat beberapa versi aktiviti budaya al-quran. Tahun pertama saya di sini, aktiviti budaya al-quran murid-murid dan guru dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru-guru dikumpulkan ke bilik gerakan untuk bacaan al-quran secara talaqqi. Manakala murid-murid dikumpulkan di dewan bagi sesi tazkirah pendek oleh guru yang bertugas. Amalan budaya al-quran berbeza setiap kali pertukaran guru besar. Lain guru besar, lain cara pentadbirannya.

Pada tahun ini, murid-murid tahun satu dan tahun dua diasingkan ke kelas lain bagi membaca dan talaqqi bacaan surah-surah pendek. Kelas ini dibimbing oleh guru agama. Manakala guru lain dan murid tahun 3 hingga tahun 6 dikumpulkan di dewan untuk bacaan surah Yasin.
Catat Ulasan