Pages

Khamis, 2 April 2015

Bertanya Allah Dahulu

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Pagi ini saya baru mula membaca ebook Bertanya Allah dahulu (B.A.D). Saya dapat ebook ini dari tahun lepas lagi. Akibat kelemahan diri sendiri dan kelekaan saya dengan pelbagai perkara, saya tidak pernah membuka ebook ini. Selepas Allah hadirkan ujian kecil yang menghantui fikiran saya seminggu ini, saya mula teringat mengenai buku ini. Mungkin hadirnya ujian ini, Allah ingin saya membuka lembaran baru dalam kehidupan. Alhamdulillah dan syukur padaMu ya Allah kerana banyak perkara yang saya belajar dari ujian itu.

Mudah-mudahan saya dapat menghadamkan ebook ini secepat mungkin. Ameen ya Rabbal 'alamin
Catat Ulasan