Pages

Rabu, 29 April 2015

Suntikan untuk anak

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Sejak dari semalam saya ingatkan suami agar hantar anak ke klinik untuk mengambil suntikan. Suntikan ini merupakan suntikan yang terakhir ( Suntikan setahun setengah).

Sebelum waktu balik, Penolong Kanan memberitahu mesyuarat ditangguhkan. Alhamdulillah, boleh saya menemani suami untuk hantar anak ke klinik.

Sampai di klinik, jururawat lihat anak selsema. Setelah diperiksa, anak tiada demam.Jururawat masih memberi pilihan samada mahu mengambil suntikan atau ditangguhkan dahulu. Namun,kami diberitahu sekiranya di hospital pun,doktor akan memberi suntikan sekiranya anak tidak demam. Saya dan suami bersetuj untuk membenarkan jururawat memberi suntikan kepada anak. Kami mempunyai kekangan masa untuk ke klinik. Alang-alang datang, ambil sahaja suntikan buat anak.

Selasa, 28 April 2015

Demam,batuk dan selsema

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahiim....

Seminggu demam. Alhamdulillah panas badan semakin berkurangan. Cuma batuk dan selsema menjadi teman setiasa masa ini. Bukan setakat saya, malah suami dan anak-anak juga turut demam.

Hari ini, Penolong Kanan memberitahu ada mesyuarat petang esok. Tidak dapat bayangkan mesyuarat dalam keadaan batuk dan selsema

Isnin, 27 April 2015

ABDR kumpulan sokongan untuk para suri

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) adalah sebuah kumpulan sokongan kepada wanita atau lebih dikenali sebagai suri. ABDR memberi fokus kepada bagaimana cara menjana pendapatan  dari rumah sama ada secara full time atau part time.  Sama ada  suri bekerjaya atau tidak bekerjaya yang bercita-cita ingin memulakan bisnes secara atas talian (online) serta belajar menggunakan blog sebagai salah satu cara memperkenalkan diri kepada pembaca dan bakal pelanggan.  ABDR tidak menggalakkan suri berhenti kerja dahulu sebelum mampu menjana pendapatan sendiri. ABDR mengajar suri erti berfikir dan menggunakan bakat yang ada dalam diri.

Bersama ABDR, suri akan dilatih agar berkongsi ilmu yang ada bersama suri-suri yang lain. Berkongsi dan berkenalan sesama suri. In Syaa Allah ada ganjaran dan peluang yang kita tidak tahu menanti di hadapan. Kita memberi dan menerima sesama suri demi bisnes online masing-masing dengan gaya tersendiri berpandukan panduan dan dengan bantuan guru online yang profesional.

ABDR landasan untuk suri yang mahu bergelar wahm. ABDR menyediakan kelas bisnes secara online untuk suri belajar menjana pendapatan tanpa perlu tinggal urusan anak dan keluargaPendek kata beroperasi sepenuhnya di rumah.

Di antara kelas yang ditawarkan oleh ABDR adalah:
1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online: 

* Produk sendiri
* dropship makanan sunnah
* dropship produk makanan
* dropship telekung solat
* dropship produk islami
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong (telekung solat)
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun online dan offline
6. Pendaftaran Pengurus Online.

Servis yang ditawarkan
1. Tempahan blog bisnes/penulisan - siap 3 hari
2. Beriklan di soho directory

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Ahad, 26 April 2015

Kelas untuk para suri di ABDR

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3-5 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/









Kenapa kelas ini diadakan?Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.
Kelas ini di mana?
kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
1. Tutorial dijalankan sepenuhnya secara online. Oleh itu, kelengkapan yang perlu ada ialah komputer/ laptop/ tablet/ smartphone dan talian internet.
2. Komunikasi adalah secara one to one ( personal coaching) dengan guru online. Sebarang pertanyaan dan rujukan boleh diajukan melalui pm di Facebook atau melalui group kelas.
3. Jadual adalah fleksibel - ikut kelapangan masa masing-masing.
4. Nota dan tutorial bergambar disediakan.

Berapa lama boleh pandai? 
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Sekiranya tiada produk sendiri, pihak ABDR sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Perlu panduan serta tunjuk ajar, sertai kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (PANDUAN MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH).

Sabtu, 25 April 2015

Kelebihan Menyertai ABDR

Kelebihan Menyertai ABDR





1. Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan  fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah. 
2. Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
3. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
4. ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
5. Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
6. Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
7. Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
8. Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
9.Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
10. Apa yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.

------------------------------------------------------------------
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3-5 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/

Jumaat, 24 April 2015

Kebaikan menyertai kelas online di ABDR

ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog.  Tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak para suri yang memang susah untuk keluar dari rumah ni.


Antara Kebaikan menyertai kelas online ini:
1) Silibus yang diberi adalah langkah demi langkah, boleh rujuk e-book.
2) Kita dimasukkan dalam group atau kumpulan yang sama-sama belajar.
3) Tambah silaturahim walau tidak pernah bersua dengan pelajar lain tapi kita masih boleh berkomunikasi dan bertukar idea 
4) Masa bertanya adalah 24jam/7hari seminggu pada bila-bila saja.
5) Apa-apa sahaja kemuskilan boleh ditanya bukan sahaja mengenai kelas blog dan fanpages tetapi juga mengenai selok belok perniagaan online.
6) Cikgu amat ramah, boleh berborak segala hal...ada masa pula cikgu luangkan dan menaip untuk jawab segalanya 
7) Semangat yang diberi menjadikan kita tidak mudah jatuh 
8) Cikgu yang amat tegas dan tidak mudah berdolak dalih 
9) Sebarang masalah dengan pelangan boleh dikongsikan, cikgu sedia mendengar dan memberi pendapat yang baik berdasarkan pengalaman beliau yang bertahun dalam bidang ini. 
10) Yang paling menarik, produk niaga diberi dan kita dapat komisen, tak perlu keluar modal dalaman. 
Alhamdulillah yuran belajar yang saya bayar semasa permulaan dulu sudah lama terbayar.
Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda. 
1. Kelas Asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes 
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my 
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar. 
6. Kelas penulisan ebook pertama. 
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes- 5 hari siap
9. Beriklan
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Khamis, 23 April 2015

Kenali BLOG


















Bagaimana orang bisnes mahu menggunakan blog sebagai salah satu paltform pemasaran?
1. Tulis berkaitan manfaat produk.
2. Tulis peluang kepada sesiapa sahaja contohnya surirumah yang mahu sama menyertai rakan niaga bisnes.
3. Tulis tentang produk dan tahu siapa sasaran pelanggan yang membaca blog.
4. Tulis tentang pengalaman bisnes sebelum ini
5. Tulis tentang manfaat penggunaan produk kepada pembaca. Tambah senarai produk atau jadikan katalog produk
Jom belajar lebih lanjut cara menghasilkan blog yang disukai pembaca, dalam kelas online blog ABDR
Namun begitu terdapat juga blog yang kurang mendapat sambutan. Di antara sebabnya adalah seperti berikut :1) Orang yang mempunyai bisnes tidak tahu bagaimana untuk menggunakan blog sebagai alat pemasaran yang betul
2) Blog tidak kelihatan profesional atau menarik perhatian pembaca
3) Kandungan blog tidak menarik, hambar, terlalu banyak promosi diri dan tidak dioptimumkan untuk enjin carian
4) Bilangan pembaca atau pengikut sangat sedikit
5) Interaksi dengan pembaca kurang
_______________________________________________________________

Jom belajar lebih lanjut cara menghasilkan blog yang disukai pembaca, dalam kelas online blog ABDR
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
Kami buka pendaftaran setiap hari.  Boleh mula daftar dan belajar hari ini.

Rabu, 22 April 2015

Tips berbisnes di facebook

1.Elakkan tagging friends, terutamanya yg sedang kencang berniaga. Bayangkan Jika setiap ruang komennya mendapat komen setiap minit, friends yang lain juga akan mendapat vibrate dan bunyi notification pada setiap minit. Ini boleh mengganggu privacy friends tersebut dan kurang disenangi.
2. Tagging juga adalah perbuatan menceroboh privacy wall friends yg lain. Minta kebenaran terlebih dahulu.
3. Create page niaga dan invite friends ke page niaga tersebut untuk ikuti perkembangan niaga kita.
4. Jika ingin letakkan tentang perniagaan di wall sendiri, elakkan tagging kerana setiap friends dapat melihat notification update wall kita di newsfeed mereka.
5. Boleh berkongsi selalu walau berulang hanya di wall sendiri namun elakkan tagging dan paksaan membeli melalui private message. Sekiranya orang berminat, mereka akan pm kita di inbox.
6. Beri peluang pelanggan berfikir dan hormati mereka. Biar mereka buat keputusan bila tiba masanya. Jika mereka tak memerlukan usah kecewa. Yakin lah rezeki allah ada yg lain, lebih luas lagi.
Gunakanlah apa sahaja kaedah pemasaran yang ada sekarang, mudah sahaja. Facebook, blog, fanpage.
Blog salah satu kaedah yang kita boleh promosi tanpa henti, saya pasti ramai yang sudah cuba menghasilkan blog sendiri tapi masih belum berjaya.
Mudah sahaja. Sertai kelas online blog yang kami anjurkan. Masa belajar sangat fleksibel dan sesuai untuk rutin harian kita yang sentiasa sibuk. Tak ada limit masa untuk belajar. Belajar dan terus buat blog bisnes yang anda mahukan.
Untuk belajar menggunakan blog sebagai medium perkongsian, boleh serta kami di ABDR, Kami buka pendaftaran setiap hari
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
Boleh daftar mana-mana kelas online ABDR berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan melebihi 1000 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu.

Selasa, 21 April 2015

Kenali ABDR

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) adalah:

1. Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.

2. Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah.

3. Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.

4. Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar W.A.H.M. (woman at home mum).

5. Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

6. Bergabung bersama kami, sudah lebih 1000 penyertaan suri.



Sertai kami melalui mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Isnin, 20 April 2015

Roti walnut

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahim..
Hari ini meroti lagi. Niat di hati nak balas bekas berisi nasi kerabu. Alhamdulillah... Roti menjadi gebu.
Resepi ini diambil dari buku yang sama tempohari.
Bahab-bahan:
Telur + air = 170gm
300gm Tepung berprotin tinggi
30gm mentega
30gm gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
55gm walnut
55gm kismis

Cara-caranya:
Masukkan semua dalam mesin pembuat roti. Set kepada doh roti. Tunggu hingga selesai.
Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk bagi keluarkan udara. Bahagikan kepada 10 bahagian. Biarkan selama 10 minit.
Canaikan sedikit doh, kemudian gunting lima bucu (tidak putus). Biarkan selama 10minit.
Bila doh sudah naik, panaskan ketuhar 180darjah celcius dan bakar selama 12 minit.
Selamat mencuba...
Muka budak yang sibuk nak 'tolong' umi buat roti 

Ahad, 19 April 2015

Demam penghapus dosa

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Malam semalam tiba-tiba rasa badan ni panas. Nak makan ubat, was-was sebab mengandung. Makin malam, kepala berdenyut dan semakin panas. Setiap kali bangun tidur, saya memantau suhu badan,

Hari ini, panas belum kebah. Terima kasih kepada suami sebab banyak membantu uruskan anak-anak. Moga demam ni, penghapus dosa yang ada. Ameen..

Sabtu, 18 April 2015

Resepi Ban Sosej



Teks:Norazrin binti Mohd Nor
Foto : Simpanan peribadi

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Pagi Sabtu ni, belek-belek buku Jom jimat menyediakan roti. Bila lihat semua bahan untuk membuat roti gulung ada di dapur. Apalagi, jom kita meroti.

Bahan-bahan:
sebiji telur ayam + air = 170gm
300gm tepung roti
30gm mentega
2 sudu tepung susu
2 sudu gula kastor
1 sudu kecil pelembut roti (pilhan) *saya tak letak
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam

Lain-lain:
8 keping sosej
Mayonis
Parsli kering *saya tak letak
Susu segar
Sos cili

Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam mesin pembuat roti. Set kepada doh roti. Tunggu selesai.

2. Asingkan kepada 8 bahagian dan biarkan selama 10 minit.

3. Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak sosej di tengah-tengah dan potong tepinya. Balut sosej secara berselang seli. Ulang sehingga habis 8 doh. Biarkan naik 2 kali ganda. Seperti gambar di bawah.


4. Sapukan permukan roti dengan susu segar. Picitkan sos cili dan mayonis diatas permukaan roti. Bakar dalam ketuhar 180darjah celcius selama 12-14 minit. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu ye.

Kebetulan mak dan adik-beradik saya datang dari kampung. Mereka suka roti ni dan kata ianya lembut. Jangan lupa mencuba ye



Selasa, 14 April 2015

Tips mengulang hafalan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Hari ini, saya ingin berkongsi 3 cara pengulangan hafalan.
1. Tazkir : Mengulang dengan bacaan yang cepat.
2. Talfiz : Mengulang dengan bacaan yang lantang.
3. Tanzir : Mengulang dengan melihat terlebih dahulu, kemudian diucap dengan suara yang lantang.

Disamping cara pengulangan ini, tempat yang sesuai juga memainkan peranan yang penting untuk lebih mudah mengingat.

Isnin, 13 April 2015

Mengajar alif ba ta

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahim...
Mengajar anak mencintai al-quran perlu bermula sejak anak itu masih kecil lagi. Ada ibu yang mengajar sejak dari dalam kandungan lagi dengan memperbanyakkan membaca al-quran. Ada ibu yang mengajar sejak anak masih bayi. Ada juga ibu bpa yang mengajar anak mereka apabila anak sudah boleh menyebut. Walau apapun keadaan, niat untuk anak mencintai al-quran perlu ada dalam setiap diri ibu bapa.

Kini terdapat pelbagai cara untuk mengajar anak mengenal alif ba ta. Penggunaan kad imbasan sangat popular. Ianya mudah didapati dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain menggunakan kad imbasan, ibu bapa boleh menampal huruf hijaiyyah tersebut di dinding rumah. Ini bagi memastikan anak sentiasa melihat huruf-huruf tersebut. Ibu bapa berperanan selalu mengulang-ngulang sebutan huruf hijaiyyah ini.

Kekerapan anak mendengar sebutan ini dapat membantu anak tersebut mencuba untuk menyebutnya semula. Mudah-mudahan ini dapat membantu ibu bapa mengajar anak mengenal huruf-huruf al-quran.

Ahad, 12 April 2015

Promosi April

Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut: 1. Kelas asas blog dan penulisan -belajar konsisten menulis -belajar menulis mengikut fokus produk -belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca -pembaca ini kita tukar kepada pelanggan. 2. Kelas asas bisnes online -bina kedai online-borang tempahan-l -lima label utama -pautan blog dan fanpage -boleh juga menjual produl digital -boleh menjual produk fizikal-produk borong -telekung solat-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga bole Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.

Mengajar murid membuat pembentangan

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahiim...
Hari ini saya nak kongsikan beberapa cara mudah untuk melatih murid membuat pembentangn ringkas di hadapan kelas.
1. Mulakan dengan memberi salam
2. "Saya akan membentangkan ......"
3. Menceritakan atau mengulas hasil daoatan yang diperolehi
4. Membuka soalan kepada penonton (rakan sekelas)
5. Sekian, terima kasih.

Walaupun ianya nampak mudah dan ringkas, pastinya pengalaman pertama mereka akan membuatkan merka teruja. Tidak dinafikan bagi murid yang pertama kali ke hadapan, perasaan gugup pastinya ada. Disinilah peranan guru membantu dan memberi dorongan kepada mereka.

Jumaat, 10 April 2015

Buku rahasia nikmatnya menghafal al-quran

Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Foto : Simpanan peribadi

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Hari ini, buku rahasia nikmatnya menghafal al-quran menjadi buku pilihan seterusnya untuk dibaca, dihadam dan diamalkan. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan hidayah untuk berjaya dalam hafalan. Ameen...

Baca tajuknya sahaja, hati sudah terpaut. Apatah lagi untuk membaca isinya. Teringat pesanan seorang sahabat mengenai al-quran.
Kewajipan seorang muslim terhadap al-Quran :

1. Beriman dgn Al-Quran
2. Membaca al-Quran
3. Memahami Al-Quran
4. Menghafaz Al-Quran
5. Mentadabbur Al-Quran
6. Mengamalkan Al-Quran
7. Mendakwahkan Al-Quran

Penjual dan pembeli

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Petang ini kami tidak ke mana-mana. Ada panggilan telefon dari seorang lelaki yang hendak membeli kelapa matak. Kami mempunyai beberapa batang pokok kelapa matak. Alhamdulillah, setakat ini pembeli datang sendiri membeli.

Pada awalnya pembeli bercadang membeli kelapa kulit kering. Suami saya sudah mengumpul hampir 60 biji kelapa kulit kering. Seperti yang dijanjikan, pembeli datang dengan menaiki sebuah lori.

Sungguh saya tak sangka, dia mengutip semua anal kelapa matak. Hampir penuh lori yang dibawanya berisi dengan anak pokok kelapa matak. Melalui perbualannya, dia merupakan seorang penguasa kelapa matak. Cuma saya agak terkilan kerana dia hanya membayar secara pukal dan terus berlalu pulang. Bagi saya ianya tidak masuk akal dengan muatan yang diambilnya. Sebaiknya, belilah dengan harga yang berpatutan. Bagi saya, dia sebagai penguasa kelapa matak tahu harga sebatang anak pokok kelapa matak.

Kesimpulannya, peniaga dan pembeli perlu berlaku jujur dan amanah.

Khamis, 9 April 2015

Budaya Al-Quran

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Setiap hari Khamis, sekolah di sini ada slot Budaya al-quran. Sudah beberapa tahun saya di sini, terdapat beberapa versi aktiviti budaya al-quran. Tahun pertama saya di sini, aktiviti budaya al-quran murid-murid dan guru dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru-guru dikumpulkan ke bilik gerakan untuk bacaan al-quran secara talaqqi. Manakala murid-murid dikumpulkan di dewan bagi sesi tazkirah pendek oleh guru yang bertugas. Amalan budaya al-quran berbeza setiap kali pertukaran guru besar. Lain guru besar, lain cara pentadbirannya.

Pada tahun ini, murid-murid tahun satu dan tahun dua diasingkan ke kelas lain bagi membaca dan talaqqi bacaan surah-surah pendek. Kelas ini dibimbing oleh guru agama. Manakala guru lain dan murid tahun 3 hingga tahun 6 dikumpulkan di dewan untuk bacaan surah Yasin.

Rabu, 8 April 2015

i THINK

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Waktu kokurikulum hari ini telah diadakan pendedahan iTHINK kepada semua murid. Pada awalnya, pengenalan iTHINK disampaikan kepada semua. Murid-murid sudah didedahkan dengan peta iTHINK sepanjang proses PdP bermula dari tahun lepas lagi. Guru Besar berharap pembentangan kepada semua murid diadakan untuk menjelaskan lagi kefahaman yang sedia ada.

Selepas penerangan diberi, murid dibahagikan mengikut persatuan masing-masing. Kali ini, guru penasihat setiap persatuan mengedarkan bahan untuk murid melakar peta iTHINK. Bahan-bahan tersebut perlu berkisar mengenai persatuan masing-masing.

Selasa, 7 April 2015

Laptop oh laptop

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Kelmarin screen komputer riba saya retak. Aduhai... Macam-macam kerja yang terbengkalai. Saya termenung seketika. Sebelum saya lihat keadaan komputer riba saya, memang anak kecil saya bermain di situ. Nak marahkan anak, macam tak masuk akal bila marah budak kecil berumur setahun setengah. Akhirnya saya diam membisu.

Suami segera bertindak dengan membawa komputer riba saya ke kedai. Malangnya kedai yang biasa kami baiki komputer tutup. Sangat kecewa rasanya.

Suami berjanji akan segera ke kedai komputer selepas dia balik kerja pada ke esokan harinya. Mudah-mudahan komputer riba saya segera dibaiki.

Sabtu, 4 April 2015

Kelahiran Pertama

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Foto : Simpanan peribadi

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Pada tarikh 4.4.2011. Saya ingin bersiap untuk ke MTQ peringkat zon. Terasa air keluar dengan laju. Saya lihat cadar basah. Saya semakin kalut bila saya bangun, sekali lagi air meluncur laju. Saya hanya menghantar pesanan ringkas kepada ketua panitia dan memberitahu kemungkinan saya tidak dapat menghadirkan diri ke MTQ tersebut. Memandangkan ini pertama kali saya akan bersalin, ketua panitia saya menyarankan saya segera ke hospital.

Tiba di hospital, saya dipantau oleh doktor. Bukaan masih tiada. Saya melalui pelbagai prosedur. Akibat kantung janin sudah bocor, saya disuntik antibiotik agar bayi dalam kandungan saya dijauhi kuman. Saya melalui proses induce buat kali pertama. Saya disuruh berpuasa satu jam sebelum boleh makan apa-apa makanan. Tiada apa-apa kesakitan yang saya rasa selepas dimasukkan ubat tersebut. Pada malamnya, saya di induce lagi sekali.Hanya setengah jam sahaja saya merasai kesakitan dan perut memulas-mulas. Kemudian saya rasa seperti sedia kala dan tiada apa-apa yang berlaku.

Keesokan harinya, doktor memasukkan ubat kali ketiga dan saya perlu berpuasa satu jam seperti semalam. Kali ni, perut saya memulas-mulas dan sakit semakin kerap menerjah. Ya, kali ini saya yakin saat saya melahirkan semakin hampir. Saya segera disorong ke bilik bersalin. Alhamdulillah, sepanjang saya melalui saat getir, suami saya sentiasa disisi. Tidak lama saya di bilik bersalin, saya selamat melahirkan zuriat pertama kami. Akibat terlalu lama kandungan saya dalam air antibiotik, bayi saya perlu dipantau di wad NICU. Saya hanya sempat menatap wajahnya sebentar sahaja.

Malamnya, saya keseorangan. Bayi yang mongel itu, diberi nama 'Isyah Radhiyah. Doa saya agar kehidupan anak saya sentiasa diredhai oleh Allah. Menjadi anak yang solehah, membangun bersama ummah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen ya Rabbal 'alamin.

Hari ini 4.4.2015 genap 4 tahun umur 'Isyah Radhiyah. Saya dah mula menghantarnya ke sekolah untuk belajar berkawan. Alhamdulillah. Banyak doa-doa pendek yang dia selalu ulang bacaannya di rumah. Terima kasih cikgu Pasti at-Taqwa kerana mendidik puteri saya.

2011



Jumaat, 3 April 2015

Balik kampung

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Foto : Simpanan peribadi

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Salam saiyidul ayyam, Jumaat mubarakah. Hari ini kami bercadang balik ke kampung kerana kerana esok ada majlis kesyukuran di kampung. Sebelum pulang ke kampung, kami perlu singgah di Melaka untuk mengambil kaklang bersama 3 orang anaknya. Anak yang sulung terlalu teruja untuk bertemu sepupunya sehingga tidak dapat melelapkan sepanjang perjalanan ke Melaka.

Semasa dalam perjalanan, saya sempat membaca beberapa tajuk kecil buku yang bertajuk Multiple Intelligences for Islamic Teaching. Diantara tajuknya Allah itu wujud. Terdapat ulasan ringkas bagaimana kita boleh mengajar anak mengenai Allah itu wujud. Saya sangat teruja bila membaca buku ini.

Image result for buku tentang multiple intelligence

Alhamdulillah tepat jam 5.45 petang kami sampai dengan selamatnya di kampung. Alhamdulillah.