Pages

Sabtu, 28 Mac 2015

ULTRASOUND

Teks : Norazrin Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim....
Maha suci Allah yang menentukan segalanya. Hari ini suami ajak bersarapan di luar. Selepas menyiapkan anak-anak permata hati, kami bergerak ke kedai yang berhampiran dengan bandar agar dekat dengan klinik untuk buat check up bulanan kehamilan yang kali ini.

Sementara menunggu nama dipanggil kami melayan keletah anak-anak yang berlari setiap masa. Saraf otak tengah berhubung :) Apabila tiba giliran saya, kami anak beranak masuk ke bilik doktor. Doktor melakukan ujian ultrasound. Saya teruja bila bayi mula bergerak-gerak, kaki dan tangan dah cukup sifat. Sebenarnya saya sendiri tak pasti dah berapa usia kandungan kerana sebelum hamil, period tak teratur. Ini kerana saya menyusukan anak yang kedua sepenuhnya. Kali ini, doktor menerangkan agak begitu terperinci. "Jantung ok, otak ok, jantina ** (rahsia dulu..)"

Bila selesai membuat ultrasound, doktor bertanya "nak buat ujian darah?" Saya terpinga-pinga. Saya memandang suami dan suami seolah-olah menyuruh saya sendiri yang memberi kata putus. Saya hanya menggelengkan kepala.

Tibanya dirumah hati saya terpanggil untuk mencari makna perkataan-perkataan yang tertera di ultrasound. Allahu akbar. Mudah-mudahan Allah melindungi bayi dalam kandungan saya. Allah Maha Penyembuh. Saya mohon kalian juga mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk bunga syurga ini... ameen ya robbal 'alamin
Catat Ulasan