Pages

Selasa, 31 Mac 2015

Puteri Kecil Saya

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hajat dihati nak ke klinik desa untuk membuka buku merah bagi kandungan kali ini. Malangnya jururawat yang incharge lingkungan kawasan kediaman saya, bercuti pada petang ini. Dengan membawa dua puteri kecil, saya kembali semula ke rumah.

Hati saya menjadi sayu bila melihat puteri kecil saya merengek-rengek untuk menyusu sebab nak tidur. Susu saya semakin merudum mungkin kerana kehamilan ini, susu secara alaminya berkurangan. Saya tahu, sebenarnya dia bukannya nak menyusu sangat pun, sekadar ingin dipeluk sambil menyusu.

Saya pujuk dan bercakap-cakap dengannya. Walaupun puteri ini belum fasih berbicara tapi saya yakin dan tahu dia faham apa yang saya katakan. Saya katakan padanya "susu makin kurang, adik tak boleh menangis kalau nak tidur ye sayang?" Dalam keadaan mata semakin pejam, saya lihat dia mengangguk-ngangguk kecil. Sungguh sayu hati kecil saya.


Catat Ulasan