Pages

Selasa, 31 Mac 2015

Puteri Kecil Saya

Teks : Norazrin binti Mohd Nor

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hajat dihati nak ke klinik desa untuk membuka buku merah bagi kandungan kali ini. Malangnya jururawat yang incharge lingkungan kawasan kediaman saya, bercuti pada petang ini. Dengan membawa dua puteri kecil, saya kembali semula ke rumah.

Hati saya menjadi sayu bila melihat puteri kecil saya merengek-rengek untuk menyusu sebab nak tidur. Susu saya semakin merudum mungkin kerana kehamilan ini, susu secara alaminya berkurangan. Saya tahu, sebenarnya dia bukannya nak menyusu sangat pun, sekadar ingin dipeluk sambil menyusu.

Saya pujuk dan bercakap-cakap dengannya. Walaupun puteri ini belum fasih berbicara tapi saya yakin dan tahu dia faham apa yang saya katakan. Saya katakan padanya "susu makin kurang, adik tak boleh menangis kalau nak tidur ye sayang?" Dalam keadaan mata semakin pejam, saya lihat dia mengangguk-ngangguk kecil. Sungguh sayu hati kecil saya.


Isnin, 30 Mac 2015

Kesihatan Anak

Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Gambar : Sumber google
Image result for qaseh junior


Bismillaahirrahmaanirrahim...
Anak sulung saya berusia 4 tahun. Semasa berusia 3 tahun setengah, dia telah diserang asma @ lelah.

Makna penyakit asma:
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Semasa bulan Februari saya ke klinik hampir 2minggu sekali kerana anak sulung saya diserang asma. Saya dan suami memang tak menyangka anak kami akan diserang penyakit ini kerana anak saya seorang yang aktif.

Saya mendapat nasihat dari kawan-kawan agar memantau pemakanan anak. Rakan saya memberitahu, anaknya juga mengidap penyakit ini dan anaknya alah kepada air vitagen. Ibu mertua saya juga ada berpesan agar tidak memberi anak saya makan anggur. Setelah beberapa lama, saya dapat kenalpasti beberapa makanan yang saya perlu jauhkan dari anak saya. Antaranya buah limau, air sunquick dan air cool blog. 

Disamping menjauhkan anak saya dari memakan makanan ini, saya turut memberi anak saya makanan sampingan. Makanan yang saya pilih tentunya makanan sunnah. Alhamdulillah, sejak mengamalkan Qaseh Junior, anak saya jarang diserang asma. Menurut kajian, kanak-kanak yang diserang asma akan sembuh apabila usia semakin meningkat. Mudah-mudahan penyakitnya akan terus hilang dengan pemakanan sunnah ini. Ameen ya Rabbal 'alamin

Ahad, 29 Mac 2015

Selawat dikabulkan hajat



Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Gambar : Sumber google
Image result for berdoa

Bismillaahirrahmaanirrahim...
Sejak saya mengetahui mengenai kandungan ini, saya sangat obses dengan doa. Baru saya sedar, Allah datangkan ujian ini untuk saya belajar berdoa. Itulah hakikatnya. Saya memang tidak pandai berdoa. Saya memang tidak pandai meminta-minta dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Memberi. Walaupun saya pernah dipandang jengkel kerana tidak tahu berdoa. Namun itulah hakikatnya, saya memang tidak pandai berrdoa. Ya Allah, Maha Suci Mu ya Allah, alhamdulillah dan terima kasih kerana menghantar ujian kecil ini untuk saya belajar berdoa dan terus berdoa.

Di sini saya paparkan doa yang saya cari dan saya cuba amalkan. Doa ini terdapat dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus. Inilah Selawat yang dikabulkan hajat

Maksudnya: "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarga Baginda dan kepada para ahli rumahnya."

Jika dibaca 100kali sehari, InsyaAllah dikabulkan hajat.(30 didunia dan 70 diakhirat) Wallahu a'lam

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7



Teks : Norazrin binti Mohd Nor
Gambar : Sumber google

Image result for happy anniversary quotes
 Bismillahirrahmaanirrahim...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Hari ini genap 7 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah kami telah dikurniakan dua orang puteri yang comel dan keletah setelah diuji menunggu hampir 3 tahun cahaya mata yang pertama. Saya keguguran semasa kehamilan yang pertama. Alhamdulillah setengah tahun kemudian saya hamil puteri yang sulung ini. 2 tahun kemudian, lahir puteri yang kedua. Kini, saya hamil lagi. Mudah-mudahan bunga syurga ini lahir dengan selamat dan sempurna. Ameen ya rabbal 'alamin.

Dalam tempoh menunggu kehamilan, pelbagai cara dan usaha saya lakukan. Di sini saya nak berkongsi amalan yang saya lakukan sebelum saya disahkan hamil. Saya dapat ilmu di dari kenalan di facebook. Antara amalan yang dikongsi bersama saya:

Rahsia & Amalan 99 Nama Allah tulisan Syahrin Jasah, Sesiapa yg Membaca Ya Wahid (yang Maha Esa) sebanyak 190 kali selepas selesai solat 5 waktu, diamalkan selama satu bulan dan diiringi dengan puasa setiap Isni dan Khamis, Insya allah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.
Satu lagi, selepas bersama dgn suami, baca Ya Musawwir (Yang Maha Pembentuk) dan gosok pada rahim/peranakan...baca sebanyak mungkin...Ini saya amalkan selepas rawatan di LPPKN dan masa subur.
Mudahan-mudahan berguna untuk yang masih berusaha mendapatkan zuriat. Yakin la semuanya rezeki dari Allah. Usaha, tawakal dan terus berdoa.

Sabtu, 28 Mac 2015

ULTRASOUND

Teks : Norazrin Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim....
Maha suci Allah yang menentukan segalanya. Hari ini suami ajak bersarapan di luar. Selepas menyiapkan anak-anak permata hati, kami bergerak ke kedai yang berhampiran dengan bandar agar dekat dengan klinik untuk buat check up bulanan kehamilan yang kali ini.

Sementara menunggu nama dipanggil kami melayan keletah anak-anak yang berlari setiap masa. Saraf otak tengah berhubung :) Apabila tiba giliran saya, kami anak beranak masuk ke bilik doktor. Doktor melakukan ujian ultrasound. Saya teruja bila bayi mula bergerak-gerak, kaki dan tangan dah cukup sifat. Sebenarnya saya sendiri tak pasti dah berapa usia kandungan kerana sebelum hamil, period tak teratur. Ini kerana saya menyusukan anak yang kedua sepenuhnya. Kali ini, doktor menerangkan agak begitu terperinci. "Jantung ok, otak ok, jantina ** (rahsia dulu..)"

Bila selesai membuat ultrasound, doktor bertanya "nak buat ujian darah?" Saya terpinga-pinga. Saya memandang suami dan suami seolah-olah menyuruh saya sendiri yang memberi kata putus. Saya hanya menggelengkan kepala.

Tibanya dirumah hati saya terpanggil untuk mencari makna perkataan-perkataan yang tertera di ultrasound. Allahu akbar. Mudah-mudahan Allah melindungi bayi dalam kandungan saya. Allah Maha Penyembuh. Saya mohon kalian juga mendoakan kebaikan dan kesejahteraan untuk bunga syurga ini... ameen ya robbal 'alamin

Khamis, 26 Mac 2015

Ilmu keibubapaan

Teks : Norazrin Mohd Nor
Gambar : Sumber google



Image result for keluarga islamic

Bismillahirrahmanirrahim....
Baru abis program solat hajat dan program kerohanian khusus untuk ibu bapa pelajar UPSR. Program ini merupakan satu usaha kearah memotivasikan pelajar dan berharap kebersamaan ibu bapa . dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Bak kata guru besar saya, andai ibu bapa ambil tak kisah tentang pelajaran anak-anak seolah-olah anak-anak ini pergi berperang seorang diri.

Saya suka kaitkan hal ini dengan hubungan kita dengan Allah. Bagaimana kebergantungan kita kepada Allah? Andai kita menjalani kehidupan di dunia ini tanpa pengharapan dan bantuan Allah, pasti kita menjalaninya dengan jiwa yang kosong. Nikmat bertawakal tidak akan dirasa.

Bagi saya secara peribadi, saya amat memerlukan  ilmu berkaitan keibubapaan. Sangat indah saya lihat dan rasakan apabila melihat ibu bapa yang mampu menangani anak mereka dengan lemah lembut. Banyak kisah-kisah junjungan mulia Rasulullah S.A.W bersama kanak-kanak. Alangkah lembutnya baginda dengan bunga-bunga syurga. Tika ini saya cuba menghabiskan, mengkhatam dan menghadam sebuah buku dari Indonesia Prophetic Parenting Cara Nabi Mendidik Anak. 
Image result for prophetic parenting cara nabi mendidik anak

Moga saya diberi kekuatan menyelusuri sunnah nabi Muhammad S.A.W terutama dalam mendidik anak-anak saya khusunya dan anak-anak didik saya amnya. Moga Allah memberi saya jalan bagaimana menangani sikap-sikap negatif dalam diri ini.  Ameen ya Rabbal 'alamiin