Pages

Khamis, 31 Disember 2015

Aura emas

🌟🌟🌟Org selalu cakap emas ada aura.. - 🌟🌟🌟Org selalu cakap emas ada aura..

πŸ˜†πŸ˜† Betul ker....
Masa join Powergold niat nak simpan jer 1g per month...Sebabnya kalau simpan duit confirm akn bekurang..asyik ambik dan ambik jer...
πŸ‘‘πŸ‘‘πŸ‘‘ Tapi bila dah dpt emas...
Mana leh nak ambik sikit dan sikit...mmg betul emas adalah 1 simpanan fizikal yg paling baik.
πŸ‘πŸ‘πŸ‘ So benda baik saya rasa x salah nak share ngn semua org,
πŸ‘«πŸ‘« Teringin nak share ngn ahli keluarga, saudara mara,kwn²...
πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅ Alhamdullilah saya dah ada simpanan emas.Anda yg belum bila lagi???..Simpan ler walau 1gram /month..tgk ler hasilnya nanti..
πŸ‘πŸ‘πŸ‘In Syaa ALLAH...Niat kena betulkan....buka minda,buka hati....jadilah org yg hebat..berfikiran positive....😊😊😊😊😊
🌟🌟Simpan dinar (bersalut kertas) lebih selamat dari kecurian???..😳
Ok, cuba bayangkn perompak merompak rumah..dia tgk..duitπŸ’Ά..brg kemasπŸ’°..n kertas (dinar)πŸ“‚..yg mana dia akan ambil..❔❔
Fikir² la sendiri..😊..so marilah jadi ahli Powergold utk terus menyimpan emas secara smart πŸŽ“..bukan hanya anda beli emas dpt emas malah dapat ilmu πŸ“š dan bonus lagiπŸ“ˆπŸ˜
Rebutlah peluang ini..besama info dan ilmu emas yg amat membantu membina keyakinan..πŸ“πŸ‘πŸ‘πŸ’—πŸ’—
Jom! Jom! Jom!

Rabu, 30 Disember 2015

Ukuran emas bagi kanak-kanak dan dewasa

ILMU HARI INIπŸ“

Ukuran dewasa dan kanak-kanak
πŸ”΄ baby dn Kanak2
Utk rantai tgn baby dn kanak2
Pjg..12cm hingga 16cm
Utk rantai leher baby dn kanak2
Pjg..38cm hingga 40cm
Bangle baby dn kanak2
Diameter 3cm..12cm
Diameter 3.5cm..13cm
Diameter 4cm..14cm
Diameter 4.5cm..15cm
πŸ”΄Utk dewasa
Utk rantai tgn dewasa
Pjg..17cm hingga 20cm
Utk rantai leher dewasa
Pjg..45cm hingga 75cm
Bangle dewasa
Diameter 5cm..16cm
Diameter 5.5cm..17cm
Diameter 6cm..18cm
Diameter 6.5cm..19cm
Utk yg nk ilmu emas smpan nota nie... boleh rujuk time nk borong emas...

Selasa, 29 Disember 2015

Rezeki Allah yang punya

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Arrazzaq yang maha memberi rezeki.
Jika sampai waktu dan ketikanya. Allah kata itu rezeki kita.. pasti kita punya.

Jangan sombong untuk meminta. Kita tiada kuasa menentukan banyak rezeki yang kita punya.

Sekelip mata, berpusu-pusu channel mengenai ilmu maya. Sedut ilmu dan praktiskan. insyaAllah. Yakin rezeki di tangan Allah. Tugas kita hanya usaha doa dan tawakal

Isnin, 28 Disember 2015

Rumah untuk di sewa

Sewa rumah di nusa intan, senawang. Muslim berkeluarga sahaja.
Kemasukan februari 2016

- Keluasan rumah 20kaki x 70kaki. 4 bilik tidur dan dua bilik air.
-Kelengkapan: Kabinet dapur, grill, sliding door fully tinted, water heater, curtain rail, lampu dan kipas.
-Berdekatan tol LEKAS, Kip mart,giant,stesen minyak, senawang taipan.
-Taman permainan dan taska
- PM saya sekarang di 019-3509685
- Mohon kongsikan kepada rakan yang sedang cari rumah sewa ya

Ahad, 27 Disember 2015

Rezeki susah nak masuk?



Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Rezeki Allah itu luas. Seluas rahmat dan kasih sayangnya.

Terdapat beberapa tafsiran dan pemahaman manusia tentang rezeki.
1. Wajib berusaha untuk cari rezeki. Namun, kadar rezeki ditentukan oleh Allah.
2. Wajib berusaha sebab tanpa usaha, tiada rezeki.

Bagi anda,apa pemahaman anda mengenai rezeki? Kena tahu juga,kenapa rezeki susah nak masuk.

Image result for rezeki

Sabtu, 26 Disember 2015

Tips 2: Redakan demam panas bayi



Teks:Norazrin bt Mohd Nor
Blog:norazrinmohdnor.blogspot.com
Gambar: Ihsan google

Si kecil saya baru-baru ini demam panas. Dia baru berusia 3 bulan. Pastinya saya tak nak bagi dia makan ubat klinik seawal usia 3 bulan.

Sebelum ni saya hanya dengar sahaja produk Basic H2 organic Shaklee mampu meredakan demam panas. Sungguh, saya belum pernah mencubanya. Semasa nak mandikan si kecil, saya mandikan dia dengan basic H2 ini. Malamnya saya jaramkan kepala anak saya dengan air zam zam. Saya ada tulis dalam entri sebelum ini. Klik sini.

Inilah basic H2 organic yang saya ceritakan tu. Terima kasih encik google. Hehe

Image result for shaklee basic h


Rupa-rupanya banyak lagi kelebihan Basic H2 ini. Saya makin jatuh cinta dengan produk Shaklee yang ni. Saya akan berkongsi kebaikannya setelah saya mencubanya ye.

#stokispowergold
#agenshaklee 1078286

Jumaat, 25 Disember 2015

Ke london kita

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Pagi tadi, kami keluar membeli barang peralatan tulis. Haru juga dalam kedai bila kena kawal isyah dan iffah yang ke sana dan ke sini.

Selesai pembayaran, kami segera menuju ke kereta.
Isyah: ummi, isyah nak ke london
Ummi: london kan jauh..
Isyah: tu dalam plastik tu
Ummi: haha...kalender rupanya

Khamis, 24 Disember 2015

Tips redakan demam panas

Teks;Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Izzah demam panas. Pada awalnya dah mula rasa badan izzah sedikit panas masa pergi ke rumah kaklang. Keesokan harinya, balik kampung. Mungkin perjalanan yang agak jauh. Si kecil Izzah masih belum biasa perjalanan sejauh itu. Bayikan cepat penat.

Izzah memang boleh tidur tanpa buaian. Tapi kebiasaannya aku letak dalam buaian, demi keselamatan si kecil. Setelah penat jalan seharian, berebut pula buaian dengan si molek iffah. Si kecil izzah terpaksa mengalah. Malam tu, tidurnya sedikit terganggu. Mungkin tak biasa tidur malam tanpa buaian.

Banyak pula mengomel.. hehe.
Ok,tips redakan demam panas. Memandangkan di rumah ada stok air zamzam, aku lumur je air zam zam di kepala izzah. Kena rajin sikit la letak air zam zam tu. Alhamdulillah, keesokan harinya suhu badan si kecil turun.

Selamat mencuba.

Selasa, 22 Disember 2015

Murah rezeki dengan senyuman

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Murah rezeki. Ramai orang nak rezeki yang banyak. Pernah tak terfikir, perjalanan selamat pergi dan balik kerja adalah rezeki. Hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak adalah rezeki. Kerja yang dilakukan, berjaya dan sempurna juga adalah rezeki.

Pagi ni, saya terbaca tentang murah rezeki dengan senyuman. Senyumankan satu sedekah. Banyak sedekah, murah rezeki. Allahu akbar. Amalan yang paling mudah semakin saya lupakan.

Saya seorang yang murah dengan senyuman. Tapi tu semua cerita lama. Sampai satu tahap, pipi saya sakit sebab tersenyum je. Dengar orang bercerita pun saya sentiasa tersenyum. Bagi saya, ia salh satu cara saya meraikan sahabat atau sesiapa jua di depan saya.

Senyuman saya mula hilang bila saya mula bekerja. Saya ditakdirkan menjadi seorang mentee kepada mentor yang kerek. Malas nak ingatkan pengalaman pahit tu.

Namun, saya tekad mulai hari ini saya nak kembalikan tabiat senyum sentiasa. Moga semakin bahagia. Ameen

Isnin, 21 Disember 2015

Emas aset kekal

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Emas adalah aset kekal yang murah untuk dimiliki. Berbanding hartanah dan rumah. Ramai anak muda boleh memiliki aset kekal ini tanpa membuat pinjaman bank

Khamis, 17 Disember 2015

Positif untuk terus menyimpan

Teks: Norazrin binti Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Teruja dengan wajah baru emas. Bukan setakat menarik minat untuk menyimpan emas. Malah menarik minat untuk buat koleksi. hehe. Dah nak Krismas ni, Powergold buat tema yang sama.

Nak tengok wajah baru emas keluaran Powergold?



Siapa yang nak stok baru buat koleksi atau tambah simpanan kekal, bolehla hubungi saya. InsyaAllah dalam minggu depan dah ada stok cun ni.

Azrin
0193509685

#1gram1bulan1keluarga
#stokispowergold
#Jomsimpanemas

Cuci barang kemas

PETUA BERSIHKAN BARANG KEMAS

Boleh cuba mana-mana cara berikut:

1. Air suam :
Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi dan ubat gigi. Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.

2. Air suam dan asam gelugur :
Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering.

3. Air asam jawa dan jus limau nipis :
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.

4. Teh cina
Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
Selamat Mencuba

Rabu, 16 Disember 2015

Modal besar vs modal kecil

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Modal kecil atau modal besar bukan persoalannya. Persoalannya dalam bidang perniagaan adalah usaha,rajin, doa dan tawakal.

Tak guna laburkan modal yang besar, lepas tududuk goyang kaki dengan harapan duit masuk beribu-ribu dalam akaun. Orang kaya pun masih bekerja sampai ke malam.

Hidup perlu positif!

Selasa, 15 Disember 2015

Positif dan kreatif

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog:norazrinmohdnor.blogspot.com

Positif merupakan satu elemen yang penting untuk berjaya. Kenapa? Positif seperti ada aura yang baik untuk orang sekeliling termasuk individu tersebut.

Contoh yang mudah. Orang yang sentiasa berfikiran positif, kejayaan, kebaikan, kemenangan, kesenangan dan apa saja yang baik mudah dekatinya.

Kreatif merupakan satu bakat semulajadi. Ada juga kreatif yang diasah dan digilap. Kreatif menjadikan seseorang istimewa. Tak semua orang kreatif tau.

Modal kecil

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Setiap kali membicarakan mengenai bisnes, mesti soalan pertama orang tanya modal. Modal kecil ke besar?

Di Powergold.biz kami bukan nak cerita pasal modal. Fokus utama nak ajak orang ramai buat simpanan emas. Dengan keadaan ekonomi yang semakin kronik, kita perlukan simpanan aset yang kekal. Simpanan sekecil 0.5 gram sebulan, harga tak sampai RM100.

Bonus bila jadi ahli
 *dapat percuma emas selepas daftar
 *harga emas murah RM20/gram
 *boleh belikan emas untuk ahli keluarga yang lain

Masalah modal? Saya kelolakan kutu selama 3bulan. Bayaran penuh, saya terus daftarkan ahli. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya.

Azrin
0193509685

#stokispowergold #1gram1bulan1keluarga

Isnin, 14 Disember 2015

Minat simpan emas

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blg: norazrinmohdnor.blogspot.com

Minat nak simpan emas tapi tan nak jadi ahli. Boleh ke? Boleh...takde masalah.
Jadi ahli bukan paksaan  yer.. Kami cuma nak didik anda simpan emas sebagai tabungan masa akan datang.

Cumanya, meh kita buat kira-kira untuk setahun simpan emas dengan jadi ahli dan tanpa jadi ahli.

Untuk 1 gram gold bar, beza harga ahli dan bukan ahli adalah RM 20/GRAM.
Pakej keahlian yg paling rendah adalah RM 350 dengan free gift 0.5 gram.
Ok, kalau anda kumpul 1 gram setiap bulan selama setahun, anda dah jimat = RM 20 X 12 bulan = RM 240.
Dengan RM240 tu anda dah untung lebih drpd separuh modal yang anda keluarkan. Hampir 68%. So jimat ke tak jimat jadi ahli ni? Fikir sendiri ye?

Bila kita join jd ahli, automatik kite dah jadi tokey emas. Anda nak beli emas untuk saving boleh..dan nak jadi tokey emas nk jual beli emas pun  oleh. Kompem untung. Ahli seumur hidup ye. Takde yuran tahunan..hehe

pilihan ditangan anda.

berminat, hubungi 0193509685

#fikiryangterbaik
#stokispowergold
#1gram1bulan1keluarga

Ahad, 13 Disember 2015

Peperiksaan akhir semester pertama

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir semester pertama di OUM? Opsss...bukan aku tapi suamiku.hehe

Sepanjang suami mentelaah pelajarannya, dalam masa yang sama anak-anak sibuk minta dilayan. Suami tetap melayan anak-anak yang mintakan perhatian. Sampai aku pula rasa kasihan. Bila masa la suami dapat fokus kat bacaan dia.

Bila ditanya, dia akan jawab..InsyaAllah, Allah akan permudahkan

Jumaat, 11 Disember 2015

Pantau harga emas

Teks;Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Bila kita perlu pantau harga emas?

Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Nasihat saya, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila
(1) nak jual, atau
(2) nak beli lagi.
Itu jer.

Kalau nak banding beza harga, banding dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan banding beza harga tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi anda…😊😊😊

#stokispowergoldmuar
#saya jualemas

Khamis, 10 Disember 2015

Simpanan emas untuk masa depan

Kenapa EMAS sangat sesuai dijadikan SIMPANAN utk TABUNG MASA DEPAN?
***************************************************
▪Tak ada masalah pun jika di simpan walaupun bermula dgn gram yg kecil sekecil 1gram kerana ianya adalah mampu milik. Siapa kata emas hanya org kaya je boleh beli. Semua golongan pun boleh miliki emas.
▪Jika disimpan rasa sayang utk dijualkan. Ini lebih selamat & dapat disiplinkan diri. Kalau RM ada di bank pun mudah sahaja bocor, inikan pula RM di tangan. Tapi emas sgt berbeza. Tak percaya boleh cuba.
▪Menabunglah emas selama mana pun, lagi lama, lagi bernilai. Ianya kalis inflasi.
▪Menabung emas bermaksud ada harta. Akan tetapi kalau menabung RM belum tentu ada harta. Nampak tak perbezaanya?
✨✨ Impak kekayaan emas #1:
Kebal Inflasi πŸ’ͺπŸ’΅
πŸ”˜Emas dan perak tidak akan dipengaruhi oleh inflasi secara total
πŸ”˜Apa itu INFLASI?
➡ Inflasi ialah kadar kenaikan harga yang berlaku hampir setiap tahun. 
➡ Contoh INFLASI..
Harga sebungkus 🍚 lemak boleh dibeli kurang dari 0.20 sen pada tahun 1980an
😱
Tahun 2015 perlu ada sekurang2nya RM2 untuk beli sebungkus nasi lemak..
Jadi, dengan memiliki emas kita sebenarnya sedang MEMILIKI KEKEBALAN untuk melawan inflasi..

Rabu, 9 Disember 2015

Bayar ptptn guna emas

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Niat. Satu perkara penting dalam semua perkara. "innamal a'maalu binniyyah"
Niat pokok segala amal.

Niat aku? Nak orang lain faham dan celik tentang emas. Ruginya lambat celik emas. Bila tengok adik-adik yang masih menuntut di universiti dapat pendedahan mengenai emas, simpan emas untuk bayar ptptn. Kenapa la aku tak tau masa belajar dulu.
Jadinya, adik-adik yang masih menuntut di ipt simpanlah emas setiap semester untuk bayar semula ptptn anda.

Selasa, 8 Disember 2015

Sentiasa positif jika nak berjaya

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Semua orang perlu positif jika nak berjaya. "Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan". Lagu ni popular masa pertandingan Piala Thomas. Zaman Rashid Sidek dan adik beradiknya jadi superhero dimata kanak-kanak masa tu termasuk la aku. Hehe

Ok,ok..fokus tajuk. Walau siapa pun kita, positif tu kena ada dalam diri.

Sebagai murid, positif untuk terus cemerlang. Walaupun kita dikategorikan sebagai murid lemah.

Sebagai pekerja, positif untuk terus berkhidmat cemerlang walau 1001 dugaan dan cabaran mendatang.

Sebagai ibu bapa, positif untuk terus mendidik anak sebaiknya walaupun kesukaran yang dilalui agak melelahkan.

Walau siapa pun kita, sentiasalah positif. Akhir sekali, positif saja tak cukup. Kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal.

#stokispowergold
#1gram1bulan1keluarga

Isnin, 7 Disember 2015

Hadapi cabaran atau mengalah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Tahun hadapan bakal menjanjikan tugas-tugas yang berat. Walaupun masih dalam perbincangan bebanan tu dah terasa.

Aku selalu tanya diri. Nak hadapi cabaran atau mengalah? Bila mengalah nampak kalah. Bila hadapi cabaran, banyak kerja. Hampir 3/4 murid akan aku tanda buku mereka. Mula-mula memang rasa tertekan. Mujur kata-kata motivasi senior, buat hati ni sejuk sikit "Takpe, buat je kerja kita. Mudah-mudahan kebaikannya Allah bagi kepada anak-anak" Allahu akbar. Terima kasih ya Allah sebab hantar insan sebegini dalam hidup aku. Syukur.

Cabaran kerja lain. Cabaran 2016 dengan isu ekonomi. Moga Allah membantu kita semua menghadapi apa jua cabaran dan rintangan kehidupan. Ameen

#1gram1bulan1family
#sayajualemas
#stokissahpowergold

Ahad, 6 Disember 2015

Rugi tak beli emas

Eks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Petang semalam aku dikejutkan dengan kenaikan harga emas. Huhu..dalam proses belajar beli emas sendiri, tup-tup dapat tau harga emas naik.

Terkilan sebab tak fokus masa nak beli emas tempohari. Banyak hal lain yang diuruskan. Akhirnya, sendiri yang rugi.

Rugi ke? Babab kang..haha. Rugi la sebab masa murah leka. Bila harga dah naik, huru hara. Haha. Beli sekarang rugi ke? Tak rugi sebab nilai emas tak turun malah makin naik.

#stokisemas
#sayajualemas
#1gram1bulan1keluarga

Sabtu, 5 Disember 2015

Emas bukan barang kemas sahaja

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Beranikan diri tulis status pasal emas. Feed back yang diperolehi, negatif. Dah banyak barang kemas katanya. Mood dah rasa down.

Keesokan harinya tulis pasal emas lagi. Feed back yang sama, negatif.

Memang betullah ramai lagi yang belum celik emas. Kebanyakannya bila sebut je emas, semua bercerita asal barang kemas.

Mudah-mudahan usaha yang sikit ni mampu menyedarkan ramai orang tentang emas. Tahun 2016 lagi tahun yang mencabar. Nilai matawang kita pula semakin jatuh. Kenaikan taraf hidup semakin tinggi. Makin tenat ekonomi. Kita perlu celikkan ramai orang tentang emas.

Modal yang kecil

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Rata-rata manusia ingin berbisnes. Agak mustahil modal bisnes kecil. Paling mudah menjadi dropship.

Kalau bisnes emas? Lagi la besar modalnya. Ada yang sampai 10k untuk permulaan. Persoalannya sekarang, tak perlu bisnes besar-besar. Sekadar menyimpan sendiri untuk masa depan. Macam aku, dah tentu semakin hampir ke penghujung. Bagaimana dengan anak-anak?

Kerana merekalah aku menabung dan menyimpan emas. Bagi sesiapa yang rasa tak mampu, modal terasa besar. Caranya mudah, kita menabung bersama-sama. Yang berminat boleh whatsapp saya 0193509685

#stokissahpowergold
#1gram1bulan1keluarga

Jumaat, 4 Disember 2015

Tak rugi simpan emas

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Pembaca diluar sana, simpanlah emas.

Tak rugi simpan emas. Emas nilainya tak berkurangan malah makin meningkat.

Tak rugi simpan emas. Emas kalis inflasi.

Tak rugi simpan emas. Lebih-lebih lagi harga emas tengah turun. Ambil la peluang ni beli emas.

#stokissahpowergold
#sayajualemas

Khamis, 3 Disember 2015

Kisah isyah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Aku selalu perhatikan botol sabun glo diluar rumah terbuka. Sabun tu berada disitu sejak majlis aqiqah izzah. Setiap kali pegang, aku rasa botol tu semakin ringan. Walaubagaimanapun, aku takde la tanya suami tentang sabun tu. Sehinggalah satu hari aku tengok isyah tengah menyiram pokok sireh dan pokok bidara dengan air berbuih.
Aku:  Isyah buat apa ni?
isyah: Siram pokok
Aku: Kenapa air tu berbuih? isyah letak sabun ke?
isyah: Ye. Biar pokok ni wangi.
Aku: Astaghfirullah al azim. Patut la pokok-pokok ni separa mati. Huhu.

Agaknya inilah penangan tengok sains comot. Haha. Sel-sel otak tengah berhubung. Haha

Rabu, 2 Disember 2015

Stokis sah powergold.biz

Teks: Norazrin bt Mohd Nor
Blog: norazrinmohdnor.blogspot.com

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. Saya sudah menjadi stokis powergold.biz yang sah.

Harga emas semakin turun. Hari ini harga emas 999 RM167. Cepat rebut peluang ini. Samada anda mahu tunggu lagi harga emas turun atau lihat harga emas naik semula. Pilihan ditangan anda.

Sesiapa yang nak beli emas powergold, boleh hubungi saya.
019-3509685

#stokispowergold
#jombeliemas

Selasa, 1 Disember 2015

Rugi ke beli emas?

RUGI ��
Dah tahu menyimpan matawang biasa nilai makin jatuh,tapi masih teruskan lagi.

RUGI ��
Dah tahu kelebihan simpan emas
POWERGOLD tapi masih menunggu.

RUGI ��
Dah tahu dan terbukti kejayaan ahli POWERGOLD,
tapi masih tidak bertindak.

RUGI��
Dah tahu kelebihan menyertai ahli POWERGOLD,
tapi masih tidak mengambil peluang.

Siapa yang UNTUNG?
Mereka yang bertindak dan mengambil
peluang, tepat dan selamat dgn Powergold!

Ahad, 29 November 2015

Permohonan rumah pr1ma

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Beberapa orang kenalan menyuruh isi borang pr1ma. Bukan tak nak isi tapi aku rasa rumit skit.

Dah lama isi tapi tak complete lagi. Minggu lepas, saje buka buka web pr1ma dan cuba lengkapkan maklumat yang diminta. Alhamdulillah, dah lengkapkan. Kena rajin tengok web untuk tahu tempat pembinaan pr1ma ni.

Sabtu, 28 November 2015

Kematian menghampiri

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Semakin hari, saat kematian kita semakin menghampiri. Kematian sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga membuatkan kita insaf. Kematian itu pasti. Cuma saat dan ketikanya menjemput kita, itu yang kita tak tahu.

Baru-baru ini, sepupu suami meninggal dunia. Insan yang ketika hidupnya ringan tangan menolong orang lain, baik orangnya dan Allah memuliakan ketika akhir kisahnya di dunia ini. Ramai yang hadir solat jenazah. Suami kata keadaan sepeti solat hari raya.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki yang masih kecil. Masing-masing berusia 6tahun dan 4tahun. Sayu lihat anak-anak yang masih kecil. Isteri arwah juga tidak berapa sihat. Moga Allah kurniakan kekuatan kepada isteri arwah dan anak-anaknya. Ya Allah, tempatkan dia dikalangan orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Sesungguhnya kita semua akan menyusul jua. Tempatkan kami juga dikalangan orang bertaqwa. Ameen..

Jumaat, 27 November 2015

Harga emas turun lagi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Dari RM175 harga emas terus turun dan turun. Harga terkini RM169. Apa tindakanyang perlu diambil? Tunggu dan lihat dengan harapan harga emas terus turun? Atau terus beli saat harga emas tengah turun. Takut-takut tak beli masa harga tengah rendah, esok harga emas naik semula. Siapa yang rugi?

Jadi ahli lagi rendah harga emas yang kita dapat. Sesiapa yang nak jadi ahli tapi rasa terbeban, saya buka peluang main kutu. Terpulang anda mahu jadi ahli gold atau super gold. Bayaran bulanan bergantung kepada pakej yang anda mahu. Yang betul-betul serius, boleh whatsapp 0193509685 dekat saya. Saya akan buka group kutu. Sama-sama kumpul emas.

Rabu, 25 November 2015

Tugasan 2016

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Tadi mesyuarat untuk membincangkan mengenai pelan strategik 5tahun. Setelah selesai berbincang, agihan tugas 2016 pula diberi.

Senarai tugas yang buat aku sakit kepala sekejap. Huhu
1. KP panitia x
2. Penyelaras kelab x
3. Bendahari pqrs
Ni baru panitia. Belum tugas lain

Tugasan yang baru dapat ni, sampai aku lupa hantar anak ke klinik 2bulan. Huhu

Selasa, 24 November 2015

Sakit kepala

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Kepala masih belum boleh terima kerja kot. Hehe. Dah la lama bercuti. Naik kerja, bertimbun-timbun yang menanti. Pelan strategik, pelan taktikal, pelan 3 langkah, pelan grow.. Macam-macam pelan yang kena buat. Adui, sakit kepala.

Balik rumah nanti nak tepek pilis kat dahi ni. Mudah-mudahan lega. Hehe, mentang-mentang baru lepas pantang.

Sabtu, 21 November 2015

isyah, iffah dan izzah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Suka duka bersama anak-anak. Ya Allah, bantulah aku dalam mendidik anak-anak kami menjadi anak yang solehah. Benarlah sabda nabi Muhammad saw, anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya. Bila fikir dan koreksi diri, banyaknya lubang yang perlu diperbaiki.

Jumaat, 20 November 2015

Harga emas turun lagi

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Harga emas turun lagi? Baru je bayar untuk beli. Ruginya... Tapi kalau tak beli, lagi rugi! Takpe, kena ingat semula.. Beli sebagai simpanan. Untung beli emas.

Masih berkira-kira untuk upgrade jadi stokis. Masa dah tak lama lagi ni. 120 hari semakin menghampiri. Dup dap dup dap

Khamis, 19 November 2015

Hari pertama bekerja

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari pertama bekerja setelah bercuti panjang. Agak kelam kabut pagi ni. Gosok baju uniform isyah, beg susu dan kelengkapan mengepam, pakaian anak-anak dan stok susu untuk si comel izzah.

Suami perlu hantar aku dan anak-anak ke rumah pengasuh. Sepanjang perjalanan dapatlah aku menyusukan si comel izzah. Bergerak ke rumah pengasuh tadi, barang untuk dibawa ke sekolah masih belum dibawa masuk ke dalam myvi.

Sampai dirumah pengasuh si molek iffah meraung-raung. Suami kata biasanya di ok je. Mungkin dia rasa dia tak dipedulikan sebab pengasuh memeluk si comel izzah dan suami membawa barang-barang mereka. Malam ni kami perlu memikirkan penyelesaian yang terbaik buat si kecil iffah semasa menghantarnya ke rumah pengasuh.

Bila fikirkan semula kelakar pula sebab agak kelam kabut dan huru hara mula-mula ni. Hehe

Rabu, 18 November 2015

Konvo 'isyah srikandi Islam

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ni konvo 'isyah. Dari malam tadi, dia begitu teruja nak ambil hadiah katanya. Seawal pagi isyah dah bangun. Memandangkan nak ke sekolah dia sebelum pukul 9 pagi, dia mandi dan aku suruh dia pakai baju biasa dulu. Dia ingatkan aku 'umi, kan kita nak pergi sekolah isyah hari ni? kenapa pakai baju biasa?Memang nampak dia teruja nak ambil hadiah. Hehe

Sampai je sekolah isyah, majlis dah bermula. Terasa rugi sebab tak dapat dengar butir bicara pengerusi. Mungkin kata-katanya dari hati terus ke hati. Lembut tutur bicaranya.

Kanak-kanak dah mula bermain buaian d an gelongsor. Tiba-tiba kedengaran suara cikgu memanggil untuk berkumpul. Acara penyampaian hadiah akan bermula. Ceria muka anak-anak kecil ini menerima hadiah.

Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik anak aku. Gelaran srikandi Islam tu cikgu isyah yang bagi sebab isyah sentiasa bergerak ke mana dia suka. Mudah-mudahan gelaran tu doa buat isyah. Umi dan walid sentiasa doakan kakak berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Hari ni juga merupakan hari ke 60 aku berpantang. Esok mula kerja.

Selasa, 17 November 2015

Keputusan UPSR

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Keputusan UPSR telah diumumkan. Ceria wajah suami menceritakan kejayaan anak murid sekolahnya.  Sekolah suami, mendapat lonjakan sangat tinggi. Ramai dapat A,B..

Aku? Kecewa.  Hanya seorang yang berjaya dapat 5A. Walaubagaimanapun, aku yakin. Itulah yang terbaik buat mereka semua.  Yakinlah duhai anak, perjalanan kamu masih jauh. Carilah hikmah disebalik ketentuan Allah ini.

Isnin, 16 November 2015

ular masuk rumah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Menggigil tangan bila nampak ular dekat tikar. Dalam kepala terus teringat izzah yang ada dalam buaian di ruang tamu. Suami, isyah dan iffah ke Melaka untuk hantar tugasan. Kelam kabut tengok izzah dan terus telefon suami bagitau ular masuk dalam bilik tidur. Dalam keadaan kelam kabut, takut, menggigil, dukung izzah dan terus capai kunci kereta. Nak pergi ke rumah mertua. Kunci kereta terjatuh pula. Ya Allah..permudahkanlah urusanku.

Bergegas masuk kereta, suami telefon. Suami suruh tutup pintu bilik tidur, biar senang JPAM tangkap ular. Masuk semula ke rumah dan tutup pintu bilik tidur.

Selepas hantar izzah ke rumah mertua, suami telefon suruh aku tunggu di rumah sehingga JPAM datang.

Kebanyakan barang JPAM keluarkan dari bilik untuk cari ular tersebut. Malangnya tak jumpa. Suami suruh pergi ambil izzah di rumah mertua.

Balik ke rumah, suami nak ke kedai beli garam kasar dan belerang. Aku pun capai telefon dan hubungi mak di kampung. Baru bercerita, tiba-tiba ular tersebut keluar dari bawah kerusi dan menerjah ke pintu utama. Terjerit-jerit aku sambil dukung izzah. Lagi sekali aku menggigil ketakutan. Terus telefon suami.

Sampai di rumah, suami suruh telefon semula JPAM. Biasa la, kalau tunggu memang lama. Aku rasakan JPAM ni lambatnya sampai. JPAM telefon semula, rupa-rupanya dia salah masuk jalan. Sampai je JPAM, dengar suami menjerit. Aku ni dah la mengendong izzah. Jaga isyah dan iffah lagi. Makin huru hara aku kat luar.

Rupanya suami menjerit sebab isyah ada di depan pintu dan dalam masa yang sama ular tu keluar dari bawah pintu. Puas JPAM cari tapi tak jumpa. Rezeki ular tu la tidak ditangkap. Rumah berselerak, ular tak dapat tangkap.. huhu

Ahad, 15 November 2015

Seronoknya belajar dengan set ICS Learning

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

'Isyah sangat teruja dengan lagu yang didengarnya. Walaupun dia tak faham tapi tetap menggeleng-gelengkan kepala dan melompat-lompat bila mendengar lagu tersebut. Paling kelajar, Iffah turut mengiut gerak geri kakaknya.

Banyak kali 'Isyah tanya tentang sticker di hadapannya. Sengaja aku letakkan sticker di hadapan mereka. Saja bagi aura seronok dengan bahasa Inggeris. Set ICS ni sangat menarik dan berpatutan. Ia mengandungi CD, kad kuiz al-quran, buku latihan dan sticker.

Nak ajar anak berbahasa Inggeris? Kaedah menarik? Ianya perlukan kerjasama dari ibu bapa yang prihatin seperti anda. :)

Sekiranya inginkan set ini, boleh whatsapp saya "Kod ICS" ke 019-3509685(azrin)








Sabtu, 14 November 2015

Hantar tugasan ke OUM

Teks: Norazrin binti Mohd Nor

Seminggu yang lepas, suami berkurung di dalam bilik menyiapkan tugasan pengajian master beliau. Maka bermulalah episod air mata Iffah. Iffah memang rapat dengan suami. Segala keperluannya, dia nak walid yang uruskan. Dari makan, minum, tidur, pakaian, mandi dan semuanya. Bila suami berkurung dalam bilik, yang pening kepala ialah saya. Huhu. Namun, saya perlu kuat menguruskan 3 orang anak syurga ini. Lama kelamaan, Iffah relakan jua saya membantunya dalam menguruskan keperluan dia.

Hari ini,suami menghantar tugasannya di OUM. Dia pergi bersama-sama rakan sepengajian yang berumur 73 tahun! Tabik spring dekat ustaz ni. Tinggi minat dan cita-citanya dalam menuntut ilmu. 2 anak syurga, Isyah dan Iffah..suami bawa bersama. Suami ada tanya juga samada mahu ikut atau tidak. Bila fikirkan si comel ini tidak selesa berjalan jauh, maka kuburkan sahaja kemahuan nak pergi jala. Hehe.

Mudahan-mudahan, tugasan suami diterima dan dipermudahkan menjawab dalam peperiksaan akhir semester ini. Ameen

Jumaat, 13 November 2015

Keputusan UPSR 2015

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Keputusan UPSR akan diumumkan pada 17 November 2015. Aku masih dalam cuti bersalin. Hajat dihati nak ke sekolah. Sama-sama meraikan saat manis anak-anak didik. Dalam masa yang sama hajatnya nak belanja makan kalau mentee berjaya dapat 5A!

Masih lagi berfikir kerana pada hari yang sama, majlis Anugerah Cemerlang turut diadakan pada hari tersebut. Kalau hantar anak ke rumah pengasuh, mungkin pengasuh pun nak ke sekolah meraikan anaknya... Hmm...

Khamis, 12 November 2015

Tahniah buat 'Isyah solehah

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Hari ketiga menghantar anak ke sekolahnya. Kenapa baru 3 hari? Sebab selama ni, urusan anak ke sekolah semuanya diserahkan kepada pengasuh. Kebetulan aku masih lagi cuti berpantang dan suami cuti seminggu, maka inilah masanya kami menghantar 'isyah ke sekolah.

Hari ini juga merupakan hari kedua hantar anak ke rumah pengasuh. Ambil bau-bau sikit kata orang. Hehe. Alhamdulillah, anakanda ok. Belajar minum guna botol susu dan tidur. Syukur.
Tepat jam 11.40 kami tiba di sekolah 'isyah. Kelihatan dia sungguh gembira dengan memegang fail bewarna kuning. Sungguh teruja dia menunjukkan kad kemajuan dia. "Cikgu kata 'isyah dapat nombor dua!" Dia terus mengomel dengan menunjukkan kertas-kertas di dalam fail. Alhamdulillah, 'Isyah akan ke pentas untuk ambil hadiah nanti. Moga 'isyah terus cemerlang dunia dan akhirat. Ameen..

Selasa, 10 November 2015

Ruginya lambat simpan emas

Teks: Norazrin Mohd Nor

Manusia memang suka berfikir. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wang. Ni bukan ajak buang duit. Nak ajak simpan duit. Bukan rugi, untung lagi ada lah. Tapi tetap mahu berfikir. Tak salah berikir tapi jangan terlalu lama. Hanya suruh simpan emas je pun. Untung dan banyak untung. Orang lain dah simpan banyak. Takkan masih berfikir lagi? Awak beli, awak simpan. Awak fikir, awak ternganga tengok simpanan orang. Hehe

Isnin, 9 November 2015

Ilmu kewangan

kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). SIMPAN dan LUPA.
Tak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.
Kekadang, saya fikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun bank tu balik kampung. Supaya saya tak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.
Melupakan Simpanan Dengan Emas
••••••••••••••••••••
Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak dapat jadikan sebagai simpanan yang dilupakan.
Kita akan tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang kita tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang kita ada.
Dan mungkin satu hari nanti bila asyik je simpan² n tambah emas, kita pun tak tahu berapa banyak emas yang kita dah beli.
Ada je duit lebih, kita beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box πŸ“«
Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang kita ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.
Sejak mulakan tabiat menyimpan emas, kita akan rasa kita tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun bank.
Kita cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan. πŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘

Sabtu, 7 November 2015

Faktor mempengaruhi harga emas

πŸ’₯Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.
Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
πŸ’₯Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

πŸ’₯Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
πŸ’₯Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
πŸ’₯Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu:
✅Barclays Capital,
✅Societe General,
✅HSBC Bank,
✅Scotia Mocatta dan
✅Deutsche Bank.
Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.
Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi.
Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
πŸ’₯Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun.
πŸ’₯Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas.
Antaranya:
Faktor 1⃣ – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.
Faktor 2⃣ – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.
Faktor 3⃣ - berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.
Faktor 4⃣ – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

πŸ”₯1gram 1bulan 1keluargaπŸ”₯

Jumaat, 6 November 2015

Banyak emas,anda kaya

1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2. HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini.
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3. NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.
Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 50 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 20 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.00 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 999) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar oktober 2015 adalah lebih kurang RM 760).

4. ASET YANG TERUNGGUL
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

5.TIDAK BOLEH DIMANIPULASI
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.

Kredit to Kaklong Nuzula

Khamis, 5 November 2015

Dugaan mendidik anak masa kini



Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Risau ada ramai anak? Risau dengan perbelanjaan yang semakin meningkat? Risau anak-anak tak cukup pakai minum? Saya tak risau semua itu. Cuma satu yang membuatkan saya risau. Bagaimana nak membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah? Cabaran dunia yang semakin mencabar. Muzik, jenayah..semuanya menakutkan. Keperluan dan kehendak yang semakin menjadi-jadi.

Jika difikir-fikir dan direnung-renungkan. Hanya ada satu kuasa yang dapat membantu. Kuasa doa! Lebih-lebih lagi jika doa itu dituturkan oleh insan yang bergelar ibu. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menuturkan perkataan-perkataan yang baik sahaja untuk anakku.

Mode: Tengah membaca buku The Power of Ummi. Buku ni saya masa ada promosi. Murah sikit masa tu. Hehe
Image result for buku the power of ummi

Selasa, 3 November 2015

Harga emas turun lagi!

Teks:Norazrin bt Mohd Nor

Dari harga RM183, turun RM180. Masih lagi memandang. Bukannya tiadawang untuk membeli. Tiada masa nak ke bank untuk buat pembayaran. Walaupun hati meronta-ronta untuk membeli. Dalam masa yang sama, berlangsungnya lelong emas (Lelong hanya untuk ahli sahaja ye adik kakak. Biasanya acara lelong ni memang ditunggu oleh setiap ahli setiap bulan) Ianya lagi murah dari harga semasa. Oh tidak!!

Hari ini saya dikejutkan lagi dengan turunnya harga emas. Tak senang duduk dibuatnya. Hati berbunga tunggu suami balik dari kerja. Mudah-mudahan suami ada urusan di bandar hari ini. Dapatlah saya ke bank untuk beli emas. Hehe.

Harga emas 999.9 untuk 1goldbar
Ahli RM175
Bukan ahli RM185

Jom pakat menyimpan.Demi masa depan anda dan keluarga.

Isnin, 2 November 2015

Berpantang 44 hari

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Alhamdulillah, berakhirnya tempoh berpantang selama 44 hari. Namun rasanya seperti biasa je. Berpantang yang terdapat dalam diari saya hanya selama 2minggu sahaja dengan bantuan adik. Berpantang dengan mandi dengan air suam, bertungku, berbengkung dan tidak makan makanan yang sejuk. Selebihnya saya jalani seharian seperti biasa.

Sepanjang berpantang sendiri tanpa bantuan adik, suami akan beli sarapan sebelum dia ke tempat kerja. Makanan tengahari saya akan masak sendiri. Pernah satu hari saya bersungguh-sungguh memotong baki daging korban. Akibatnya, seharian saya raa sengal-sengal badan. Saya hanya memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Suami yang akan menyidainya. Lipat melipat pula memang saya yang buat sejak 4-5hari dalam berpantang.

Pada hari ke41 berpantang, kepala saya berdenyut-denyut dan sakit. Segera saya memakai param. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, ianya dapat mengurangkan sakit kepala saya.

Sehingga kini, saya masih tak tahu punca tumit saya sakit. Saya nasihatkan kepada ibu-ibu yang berpantang. Berpantanglah betul-betul. Nak guna badan lama ye adik kakak.

Tips Siapa Nak Kahwin Awal

♥ TIPS UNTUK KAUM ADAM YANG PLAN NAK KAHWIN  5 TAHUN LAGI. .
♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒♒

Daftar jadi ahli emas dulu .. (dont worry..daftar bukan saje²..akan dpt emas free taw) ..

Dah dpt 1 keping, simpan tuk kahwin... ting tong... masuk tabung. .. .

Bulan seterusnya..ambik duit gaji RM200 beli 1 emas goldbar @ suku dinar sbb dah masuk ahli, Jadi boleh beli harga murah.. x sampai pon RM200.
.. Ting tong.. masuk 1 keping lagi dlm tabung. .. .

Ulangi bulan² seterusnya..sampailah tempoh 5 tahun nak kahwin .. ..

Kalau nak lebih untung.. Congak terus.. berapa keping emas perlu cukup utk tempoh 5 tahun..sebab sekarang harga masih murah... 3 @ 4 tahun lagi..kita x tau harga berapakan utk 1gram. ..

Katakan 60 keping = 1gram
harga ahli 1 gram hari ini =RM180 ..Bayangkan kalau 5 tahun lagi..berapa agaknya kalau korang jual emas tu. ...... ..

Ramalan 5 tahun lagi..
1gram = RM503 .. 60 keping dalam genggaman x RM503
= RM30,180.00 .. ,

Untungkan..beli murah.. jual time mahal. Emas jangka masa panjang teramat menguntungkan ..

Kenapa Emas???? Agak² korang dapat simpan x duit dalam akaun bank 5 tahun akan dapat RM30,000?

Tak mustahil..tapi jarang jumpa! .. X payah kira 5 tahun.. tahun ni dpt simpan berapa ribu utk kawen? Hihi.

Saya jamin..ade yg simpan..tapi x lama..mesti guna balik duit tu utk beli benda lain. .. So...kosong lagi la akaun.. next time simpan..dan guna lagi.. hihi ...

Kalau emas..in sya ALLAH.korang x kan guna..melainkan betul² terdesak... ..

Harga barang makin naik maka nilai mata wang makin rendah..tapi..nilai emas makin naik .. ..JOM!!!

Khamis, 29 Oktober 2015

Modal kecil vs modal besar

Teks: Norazrin bt Mohd Nor

Tengah berkira-kira untuk upgrade ahli. Kenapa penting sangat nak upgrade? Dari ahli biasa nak ke stokis. Masa yang diberi 4bulan dari tarikh jadi ahli. Kalau saya mampu fikir panjang dulu, tentu saya terus daftar jadi stokis.

**Jadi stokis perlu cari orang ke? TAK. Jadi ahli pun tak perlu cari orang untuk join ahli.
**Jadi stokis modal besar ke? TAK sebab saya menabung setiap bulan untuk jadi stokis. Ada yang saya pernah tahu, nak jadi ahli modal 10k. (Tak mampu akak dik)
**Jadi stokis kena maintain pembelian setiap bulan ke? TAK. Jadi ahli pun tiada istilah maintain pembelian setiap bulan

Apa yang menarik sangat jadi stokis ni?
1. Keahlian seumur hidup. (Ahli pun keahlian seumur hidup)
2. Beli emas dengan harga murah dari ahli.
3. Boleh join lelong emas hampir setiap bulan (Yey,hari ini ada lelong ye adik kakak)
4. Bonus pairing dan matching yang lebih banyak.

TIADA PAKSAAN
* Jadi ahli
*Cari orang
*Beli emas

Saya join sebab nak beli emas dengan harga murah. Bertindak untuk masa depan anak-anak.

Harga emas 999.9 untuk 1gm hari ini.
Ahli RM183
Bukan ahli RM203

Hari ini ada lelong emas. 1gm RM178.Best, best...


Rabu, 28 Oktober 2015

Kenapa emas?

Pada hari ini saya percaya, tentu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan...
Saya juga salah seorang daripadanya... Kenapa saya jadikan emas fizikal sebagai salah satu cabang pelaburan?
Jawapannya mudah sahaja, sekiranya anda rajin membaca buku-buku, ebook atau akhbar yang ada membincangkan tentang kelebihan pelaburan emas.. Saya rasa anda akan menemui jawapannya...
Berikut merupakan sebahagian daripada jawapan yang boleh saya berikan, tentang kelebihan dalam pelaburan emas fizikal.. 
1⃣ Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
 2⃣ Sebagai aset simpanan pelabur.
3⃣ Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku walau dimana sahaja pada bila-bila masa (terutamanya barang kemas).
4⃣ Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.
5⃣ Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
6⃣ Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
7⃣ Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
8⃣ Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
9⃣ Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
πŸ”Ÿ Aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
1⃣1⃣ Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
1⃣2⃣ Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
1⃣3⃣ Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
1⃣4⃣ Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazir.
1⃣5⃣ Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
1⃣6⃣ Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
1⃣7⃣ Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.
1⃣8⃣ Backup di dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.
1⃣9⃣ Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
2⃣0⃣ Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
Dan lain-lain...
Jom jadi penyimpan emas!

Kredit to upline saya :)

1gram 1bulan 1keluarga
Kempen jom celik emas
Sms/whatsapp 0193509685 untuk join group whatsapp celik emas secara percuma. Dapatkan info-info percuma.