Pages

Selasa, 9 September 2014

UPSR

Teks : Norazrin Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan UPSR. Saya telah ditugaskan sebagai pengawas di salah sebuah sekolah di Muar. Tiba di sekolah tersebut seawal pagi untuk memeriksa keadaan dewan dan beberapa perkara bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Tepat jam 8.00 pagi Ketua Pengawas peperiksaan mempersilakan calon-calon UPSR masuk ke dewan peperiksaan. Jelas terpancar debaran di wajah anak-anak ini. Ketua Pengawas pandai mengawal emosi mereka dengan bertanya khabar. Ada murid yang tersenyum dan ketegangan di raut wajah mereka beransur hilang.

Peperiksaan Bahasa Melayu pemahaman merupakan kertas yang pertama pada pagi tadi. Kemudian diikuti kertas Bahasa Melayu penulisan. Pada pengamatan saya, soalan kertas penulisan pada tahun ini agak mudah. Namun soalan di bahagian C memerlukan murid peka kepada soalan tersebut. Akhir sekali, peperiksaan Matematik kertas dua. Tepat jam 1.00 tengahari, peperiksaan tamat. Kelihatan beberapa orang murid menarik nafas lega dan tersenyum puas. Barangkali soalan target mereka mengena.

Selesai mengutip kertas soalan, membungkus skrip jawapan dan mengemas peralatan peperiksaan saya dan pengawas bertugas yang lain bersedia untuk pulang. Pada masa sebegini, wajah anak-anak bermain di fikiran saya. Saya mahu segera pulang untuk memeluk mereka.








Catat Ulasan