Pages

Rabu, 10 September 2014

Tugasan

Teks : Norazrin Mohd Nor

Pagi ini saya ditugaskan mengiringi Ketua Pengawas mengambil kertas soalan peperiksaan. Seribu satu persoalan yang menerjah di kepala. Semuanya mengenai anak kedua saya. Tidak sampai hati menghantarnya seawal pagi ke rumah pengasuh. Biasanya dalam perjalanan ke rumah pengasuh saya akan menyusukan dia. Saya masih berfikir bagaimana mahu menyusukan anak sambil memandu. Saya sudah tekad untuk menghantar anak sebelum ke bilik kebal walaupun terlalu awal kerana tugasan yang telah diamanahkan saya kena lakukan sehabis baik.

Hanya satu peperiksaan sahaja pagi ini. Saya terus balik ke rumah, memasak dan mengemas. Kemudian pergi ke sekolah semula untuk menghantar buku rancangan mengajar. Ke kedai membeli sedikit barang keperluan dan barulah mengambil anak-anak. Sungguh gembira hari ini sebab semua kerja dah selesai. Alhamdulillah
Catat Ulasan